Wednesday 1 April 2015

WELCOME APRIL!!

Rata2 sana sini duk cita tentang GST ye dak..
Tak pe.. dr kita duk fikir2, meh saya share sikit info..

Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?

1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan
    GST di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my

2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.

3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST,
    dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan
    tertera nombor tauliah GST pada resit tersebut. Jika tiada atau
    anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN
    SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang
    & harga. Jangan lupa ambil gambar kedai & peniaga tersebut.
    LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

5. Perlaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan
    harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan
    dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.

6. PENIAGA YG AMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN
    HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, BAKAL
    DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.

7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan
    bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati
    perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.

8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan
    KPDNKK     di talian 03-88826245. Pastikan bukti
    DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa
    mengambil tindakan.

9. Pastikan anda mengemas kini info GST melalui laman
    sesawang
    i. gst.customs.gov.my
   ii. www.kpdnkk.gov.my

Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang
i. www.ppim.org.my
ii. www.nccc.org.my

JADILAH MATA DAN TELINGA KEPADA PIHAK BERKUASA BAGI MEMBANTERAS GOLONGAN PENIAGA TAMAK!

Semoga info in membantu anda di luar sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...