Adakah anda mengalami masalah kurang tidur ? Kerja, tugas rumahtangga dan menjaga bayi serta anak-anak mungkin mengganggu tidur anda. Faktor lain seperti cabaran harian yang tidak diduga, bimbang masalah kewangan, pembuangan kerja, masalah perhubungan atau kesihatan; menyebabkan kita jarang mendapat tidur yang berkualiti.
Mungkin kita tidak dapat mengawal atau menghilangkan semua faktor-faktor gangguan tersebut tetapi kita sebenarnya boleh membuat satu suasana dan mengambil satu tabiat yang menggalakkan tidur serta rehat yang lebih baik. Cubalah cadangan dibawah jika anda bermasalah untuk tidur:
- Masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.
- Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum masuk tidur.
- Jauhilah nikotin, kaffien dan alcohol pada malam.
- Kerap bersenam tetapi selesaikan senaman anda sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum tidur.
- Jadikan suasana bilik tidur anda nyaman, senyap, gelap dan selesa.
- Jadikan waktu tidur utama anda waktu malam.
- Sediakan tilam serta bantal yang selesa.
- Mulakan rutin yang merihatkan sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar musik yang selesa.
- Masuk tidur apabila anda sudah letih dan padamkan lampu..
- Ambil suplemen tambahan untuk membantu anda tidur dengan lebih baik.
Maklumat lanjut..sila klik sini
No comments:
Post a Comment