Sekadar berkongsi..sharing is caring..
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari
api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati
Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah
turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin
Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat
(tidak Islam).
3) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang
busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap
kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tu. (terkena?? hahaha..)
4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-
orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak
cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan
masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)
6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yg tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila
Nabi Sulaiman, memerintahkan jin utk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu.
Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai
memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta
Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang
airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi
di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru
siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum ddk rumah
baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin
lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali,
jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)
sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.