Showing posts with label Ad Din. Show all posts
Showing posts with label Ad Din. Show all posts

Friday, 12 October 2012

Orang putih menangis dengar azan??



Inilah salah satu kelebihan azan yang dapat melembutkan hati 
yang mendengar. Bagaimana dengan kita? Apa yang kita buat 
mendengar panggilan solat? Video orang putih menangis sms 
mendengar azan ada di bawah. Jom tengok!


Monday, 24 October 2011

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

Sekadar berkongsi..sharing is caring..

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari
     api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati
     Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah
     turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
     Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin
     Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat
     (tidak Islam).

3) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
    mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang
    busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap
    kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
    adik-beradik jin lah tu. (terkena?? hahaha..)

4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
     tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
     jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
     Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-
     orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak
     cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan
     masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
     bomoh yg tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila
     Nabi Sulaiman, memerintahkan jin utk membina istananya, sehingga
     Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

     Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu.
     Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai
     memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta
     Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
     Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang
     airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi
     di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru
     siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum ddk rumah
     baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin
     lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
     suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali,
       jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)
       sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim
   Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
   berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sunday, 23 October 2011

Satu motivasi @ terapi yg baik..

Saya tertarik utk berkongsi sesuatu dr seorang sahabat..

Di hujung kegelapan pasti ada cahaya sedang menunggu
hanya KESABARAN, KETABAHAN & KEGIGIHAN
yang mampu membawa keluar dari kegelapan menuju
kepada CAHAYA...

Renung-renungkan..

Thursday, 6 October 2011

Sekdar satu perkongsian..

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan 
memasuki rumah anda....

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca 
Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain 
daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti 
tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti 
pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, 
perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang 
dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, 
pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian 
Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita 
yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa 
mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran 
( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.


Wednesday, 24 August 2011

Bayar Zakat..anda dah bayar?

Alhamdulillah...selesai tanggungjawabku..tambahkan lagi rezeki
kepadaku..Ya Allah..terima kasih Allah..biar lambat aslkan bayar
dari x berbayar langsung..


Saturday, 20 August 2011

Solat Dhuha..


"Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua
rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada 
mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat
rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan
barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan 
baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak 
lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu 
berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas 
rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak 
ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan 
sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan 
kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik 
daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," ( Riwayat 
At-Thabarani )

10 malam terakhir ramadan ni klu buat solat sunat dhuha  lg la byk 
kelebihannya..marilah kita bersama merebut keberkatan 10 malam
terakhir ramadan..

Friday, 19 August 2011

10 malam akhir ramadan

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul
Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan,
    kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender
    harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk
    tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita
    di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah
    kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari
    (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan
    orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk
    iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari.
    Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail
    10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan
    mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut
    secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan
   dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda
   tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid
   sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau  
    assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam
    terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak
    disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan
    nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih,
    menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang
    sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan
    menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada
   seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa
   yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam
   Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu
   mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah
menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti
dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka.
Amin.

Wednesday, 17 August 2011

Doa Hari ke-18 Ramadan..


Ya Allah, beritahukanlah kepadaku di bulan ini segala berkah yang 
tersimpan di dua pertiga malamnya, terangkan hatiku di bulan ini 
dengan cahayanya, dan bimbinglah seluruh anggota tubuhku di bulan 
ini untuk mengikuti tanda-tanda keagungannya dengan cahaya-Mu 
wahai Penerang hati para arifin. 


O Allah keep me awake, in this month, to find and get the blessings
of its mornings; enlighten my heart with the rays of its bright light; let 
me (all parts of my body) yield to follow its traditions, in the name 
of Thy Light, O the Light of the hearts and minds of those who know


Tuesday, 16 August 2011

SEJARAH NUZUL AL-QURAN..


Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat 
manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula 
dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada 
pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak 
pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan 
keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. 
Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan 
tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan 
dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan 
yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam 
golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang
hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, 
golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, 
golongan yg byk membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya.

  Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah 
kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin
kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya 
penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman 
di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran 
merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi 
Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana
ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan.

Maklumat lanjut, jom klik sini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...