Tuesday, 16 August 2011

SEJARAH NUZUL AL-QURAN..


Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat 
manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula 
dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada 
pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak 
pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan 
keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. 
Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan 
tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan 
dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan 
yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam 
golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang
hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, 
golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, 
golongan yg byk membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya.

  Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah 
kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin
kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya 
penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman 
di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran 
merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi 
Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana
ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan.

Maklumat lanjut, jom klik sini..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...