Thanks to Nazira sbb berkongsi resepi ni..I like! peberet!!
Bahan-bahan untuk pastri :-
250gm butter / marjerin
80 gm gula icing
2 biji telur B
440 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :-
Mula kacau dgn senduk je butter dan gula...masukkn telur dan esen
kacau lagi.....pastu guna tangan pulak, masukkan tepung sikit-sikit...
uli hingga menjadi doh yang boleh dikepal....jgn lembik sgt. Ambil
sedikit doh dan tekankan dalam acuan tart..cucuk-cucukkan
permukaan tat dgn garfu.... Bakar doh pastri selama 15 minit......
dalam 175 darjah celcius..... Dah masak kuarkan dr oven dan
sejukkan....nak isikan filling cream cheese pula....
Bahan-bahan filling :-
300 gm Philadelphia cream cheese
70 gm gula ising
25 gm butter
1 bj telur A
*Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang....masukkan
telur dan pukul lagi hingga sebati..kalau nk masukkan 1 sudu kecil
esen vanilla pun boley gak...
*Masukkan dalam beg piping...pipingkan dalam tart dan sudukan
sedikit blueberry atasnye.....Buatlah corak ikut suka atau kreativiti
masing2....
*Bakar lagi dlm 20 minit.....kemudian angkat......kalau nk tahan lama
boleh simpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup....
Ada ke masa nak buat ni huhu..bestnye..insyaAllah..jom kawan2..
raya ni kita cuba try test buat..
No comments:
Post a Comment