MAGNESIUM Mg........juga dikenali sbg mineral anti
stress.......
'The most relaxation mineral'.
PENTING UNTUKKKKKKK........menurunkan tekanan darah,
cegah komplikasi diabetes, anti penuaan, mencegah osteoporosis ,
merendah
risiko sakit jantung, mengubati asma, migrain dan diabetes.....
mencegah
penyumbatan salurdarah.Tanda tanda kkurangan Mg........
cramps,
insomnia,risau,autisme,angina,sembelit,sakit kepala,
migrain,asthma,diabetes,
obesiti,batu karang,darah tinggi,PMS,
senggugut,masalah pencernaan,sensitif
bunyi bising,reflux,
keletihan yg kronik......kajian Mark Hyman,MD
Jom amalkan minum KOPI MINERAL yg enak dan sihattttt
NAK
TAU BANYAK LAGI BACA KAT SINI YE
.
.
.
.
.
Sangat sedikit masyarakat yang sedar, tahu, dan
memperhatikan peranan
magnesium dalam metabolisme tubuh manusia. Magnesium
telah
diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang
berbeza
di dalam tubuh agar tubuh dapat berfungsi dengan baik.
Peranan magnesium sangat penting. Namun ironisnya,
peranan
magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai
“Forgotten Mineral”
dan “5-Cent Miracle Tablet”. Mengapa
jadi begitu? Kerana kesan akibat
kekurangan magnesium tidak
terjadi dengan jangka waktu yang singkat.
Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam
American
Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa kesan penurunan
magnesium
terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause.
Selain itu, bila keperluan
megnesium tidak dipenuhi, akan terjadi
denyutan jantung yang tidak normal. Dari
data mangsa
serangan jantung mendadak yang dilaporkan oleh majalah
Science
tahun 1980, diketahui bahawa hanya magnesium yang
ditemukan dalam jumlah sangat
kurang dalam serum darah
pada otot-otot jantung, dari jumlah yang seharusnya.
KEPENTINGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM
Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya
bila
terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari
lingkungan
fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja
secara berlawanan
(antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel
(intraselular), sedangkan
kalsium banyak terdapat di luar sel
(ekstraselular). Fungsi magnesium dalam
metabolisme sel ialah
meningkatkan tenaga dalam tubuh.
Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak
800mg
setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari.
Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya
ditambah, begitu
pula wanita yang telah mengalami menopause
serta tubuh yang sedang mengalami
stress.
PENYAKIT DEGENERATIF AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM
Dianggarkan, 200 juta wanita di dunia mengalami kehamilan
setiap tahun.
Setiap minit, seorang dari wanita tersebut mengalami eclampsia
atau
meninggal dunia ketika melahirkan. Berdasarkan kajian yang dilakukan
oleh
WHO, UNICEF, dan WORLD BANK, hampir dipastikan para
ibu yang meninggal ketika
melahirkan tersebut mengalami
kekurangan magnesium dalam tubuhnya.
Pada 1hb September 1999, kongres tahunan ke-21 persatuan
ahli
jantung se-Eropah juga menyimpulkan bahawa penyakit pre-eclampsia
dan
eclampsia yang menyebabkan kematian selama kehamilan
di Britain, Amerika dan
Eropa Utara disebabkan oleh makanan harian
yang kaya kalsium namun kurang
magnesium. Akibatnya, komposisi
jumlahnya tidak memenuhi kalsium dan magnesium
yang disarankan, iaitu 2:1.
Selain gangguan pada ibu melahirkan, kekurangan magnesium
juga
dapat menyebabkan gangguan pada fungsi pusat saraf yang akan
memunculkan
beberapa penyakit. Pelbagai penyakit atau permasalahan
kesihatan yang dapat
dibantu dengan pemberian suplementasi
magnesium adalah sebagai berikut.
PENYAKIT JANTUNG
. Magnesium merupakan salah satu nutrien paling penting
untuk kesihatan jantung.
Tugas utama magnesium adalah membantu otot jantung
untuk relaksasi.
Fungsi ini berlawanan dengan fungsi mineral kalsium yang
membuat jantung
berkontraksi. Kerja duet dari magnesium dan kalsium inilah yang
berguna untuk mempertahankan irama jantung tetap normal dengan
relaksasi dan
kontraksi otot jantung.
Selain itu, magnesium juga memiliki fungsi sebagai
penghalang kalsium
yang berlebihan di dalam tubuh sehingga dapat mencegah
kalsium yang
tidak diserap tubuh agar tidak menggumpal dan menyumbat arteri
sehingga meningkatkan risiko serangan jantung. Magnesium juga
diperlukan untuk
metabolisme kalsium yang sesuai. Kekurangan
magnesium menyebabkan terjadinya
perubahan metabolisme yang
berperanan terhadap serangan jantung.
Magnesium dapat digunakan sebagai suplemen untuk membantu
mengubati penyakit jantung koronari kerana memiliki kesan membantu
dalam
melebarkan arteri koronari, memperbaiki aliran darah ke
jantung, meningkatkan
kolesterol baik (HDL), mencegah
penggumpalan trombosit, mengatur kontraksi dan
relaksasi otot
jantung serta menstabilkan irama jantung.
TEKANAN DARAH TINGGI
Kelompok DASH (The Dietary Approaches to Stop
Hypertension) telah
melakukan pelbagai kajian yang menyimpulkan bahawa
mengamalkan
magnesium dalam jumlah tinggi dapat menurunkan tekanan darah.
Penyakit darah tinggi ini berhubungan langsung dengan
kandungan
kalsium dan magnesium. Peningkatan kalsium dan penurunan magnesium
berperanan dalam menyebabkan penyakit hipertensi (darah tinggi
DIABETES
. Penderita diabetes harus mempertahankan batas magnesium
yang cukup
dalam darahnya kerana mineral magnesium berpengaruh terhadap
kemampuan metabolisme karbohidrat. Mineral ini juga berpengaruh
terhadap
pelepasan dan aktiviti insulin yang berfungsi sebagai
pengawal kadar gula dalam
darah.
DENYUTAN JANTUNG TIDAK NORMAL
. Kira-kira 1 % manusia di bawah usia 60 tahun dan 5— 10%
di atas
65 tahun memiliki denyutan jantung lebih dari 100 kali perminit
(normalnya 60—100 kali perminit). Magnesium yang bekerja sama
dengan kalium
akan membantu mengawal kecepatan dan ketidakteraturan
denyutan jantung
tersebut.
ASMA
. Serangan penyakit dapat dikenal pasti dengan serangan
sesak napas
berulang kali disertai dengan nafas yang berbunyi kerana
kejang
otot di bahagian tekak. . Beberapa kajian menunjukkan
hubungan antara asma dengan
defisiensi magnesium. Banyak penelitian
yang menunjukkan bahawa ubat yang
digunakan untuk terapi asma
telah menyebabkan kehilangan magnesium. Pemberian
suplemen
magnesium terbukti dapat memperbaiki saluran pernafasan.
EPILEPSI
. Penyakit ini terjadi kerana adanya gangguan sistem
saraf pusat yang
terjadi kerana letusan pelepasan muatan litrik sel saraf
secara berulang
dengan gejala penurunan kesedaran, gangguan motor saraf dan
mental
disertai atau tanpa kejang-kejang. Sebuah kajian di Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa pada kondisi ayan, ada defisiensi magnesium
di dalam darah
pasien. Pemberian suplementasi magnesium
dosis tinggi (450 mg) dapat mengatasi
ayan dalam waktu singkat.
. AUSTISME
. Gangguan ini ditunjukkan dengan fikiran dan perilaku
seseorang yang
cenderung ke arah diri sendiri dan tidak dapat diperbaiki
melalui
bantuan orang lain. Ujian klinikal yang dilakukan di Amerika Syarikat
dan Kanada menunjukkan bahawa penyakit autisme dapat diperbaiki
dengan terapi
pemberian vitamin B6 dengan dos tinggi
(300—500 mg setiap hari). Tetapi terapi
ini menimbulkan defisensi
nutrien lain yang mengakibatkan pesakit mengalami
lemah deria
rasa dan gatal-gatal. Pemberian suplemen magnesium terbukti
dapat
menghilangkan kesan samping tersebut.
HIPERAKTIF
. Dalam istilah kedoktoran, ianya disebut Attention
Defisit Hyperactivity
Disorder (ADHD) yang banyak terjadi pada kanak-kanak.
Dalam satu kajian, didapati bahawa kanak-kanak yang menderita
ADHD mengalami
kekurangan banyak mineral, paling dan magnesium.
Khasiat magnesium secara
signifikan dapat menurunkan gejala-gejala
hiperaktivi kepadak kanak-kanak.
. Salah satu penyebab utama penyakit ini adalah tingginya
kandungan kalsium dan acid. Dengan mengamalkan magnesium,
ia membolehkan asid
dan kalsium yang berlebihan dapat dinyahkan.
SENGGUGUT
. Sindrom ini disebabkan kerana adanya kekurangan
magnesium yang
dtunjukkan dengan gejala-gejala seperti pening, lenguh sendi,
sembelit,
jerawat, insomnia dan stress. Dengan mengamalkan
magnesium, ia dapat
membantu melegakan kontraksi otot sehingga
dapat meringankan atau menghilangkan
gejala-gejala senggugut.
KETAGIHAN ALKOHOL
. Ketagihan alkohol ini disebabkan kerana kekurangan
magnesium
di dalam tubuh. Perkara ini sudah dibuat kajian semenjak tahun
1960-an.
Ketagihan alkohol umumnya mengalami kekurangan nutrisi kerana
mereka
mendapatkan tenaga yang mereka perlukan terutama dari
minuman yang rendah
nutrisi kecuali alkohol, air dan karbohidrat. M
eminum alkohol yang berlebihan
juga menyebabkan berlebihan
pembuangan magnesium melalui urin. Perkara ini
menyebabkan
timbulnya pelbagai jenis penyakit atau memparahkan lagi
penyakit
yang telah ada.
OSTEOPOROSIS
. Penyakit ini ditunjukkan dengan kereputan tulang kerana
kehilangan
mineral. Biasanya osteoporosis sering terjadi kepada wanita yang
usia
lanjut. Kekurangan magnesium pula akan menyebabkan
osteoporosis.
Mengamalkan magnesium telah terbukti dapat
mencegah dan mengubati penyakit
osteoporosis. Dalam hal ini,
fungsi magnesium adalah membantu tubuh dalam
metabolisme kalsium. Kajian klinikal yang dilakukan terhadap
sebahagian wanita
menopause selama 2 tahun menunjukkan
bahawa pemberian magnesium dapat mencegah
terjadinya
retak tulang dan secara signifikan dapat menguatkan struktur tulang.
INSOMNIA
. Insomnia atau sukar tidur disebabkan ketegangan sistem
saraf
dan terganggunya sistem transmisi saraf yang membantu untuk
mengawal
tidur. Magnesium dan kalsium adalah mineral yang
digunakan dalam pergerakan setiap
otot, sehingga pengamalnya
dapat mengendurkan otot saraf dan menstabilkan kimia
otak yang
berkaitan dengan tidur sehingga dapat membantu
penderita insomnia
untuk mudah tidur.
SAKIT SENDI
. Sakit sendi ini disebabkan kekurangan magnesium. Tidak
seimbangnya fungsi kalsium dan magnesium dalam kontraksi
dan relaksasi otot
sehingga mengakibatkan timbulnya sakit sendi.
Mengamalkan magnesium dapat
mengimbangi ketidakseimbangan
otot sekaligus dapat menghilangkan sakit sendi.
STRESS
. Stress merupakan emosi perasaan yang tidak keruan
sehingga
menyebabkan putus asa yang berpanjangan. Punca stress banyak,
antaranya misalnya kekejangan otot, ketidakseimbangan hormon
dan kelainan
biokimia. Stress umumnya mengalami
kekurangan magnesium sehingga mengamalkan
magnesium
dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan stress.
MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM
. Hampir seluruh keperluan magnesium kita berasal dari
tumbuh-tumbuhan. Magnesium yang diperolehi daripada klorofil
sangat penting
bagi tanaman dalam melakukan fotosintesis.
Oleh sebab itu, sayuran berdaun
hijau gelap merupakan sumber
magnesium yang terbaik. Hampir semua jenis
kekacang, biji-bijian
dan kacang panjang merupakan sumber magnesium yang
tinggi.
Kacang soya, kacang almond, kacang Brazil dan buah
keras adalah contoh
makanan lain yang mengandung magnesium.
Garam laut asli yang diproses secara tradisional dan
garam
bukit juga mengandungi magnesium yang tinggi.
Garam laut asli juga
mengandungi 84 unsur mineral
termasuk magnesium.
Credit to Sis Asiah Said
No comments:
Post a Comment