Thursday, 17 January 2013

BAHAYA MAKAN SARDIN???



# Adakah Kita Seringkali Makan Sardin ?? Mari Kita Baca Satu 
Artikel / Cerita Menarik Dibawah,,,

*Saling Ingat Mengingati,,

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan 
kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu @ bapa membeli ikan sardin 
dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya 
suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak 
oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun tidak 
berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya 
ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam 
lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. 
Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di 
pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam 
tin. Tdk perlu memproses buang perut & membasuh & membubuh 
garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup,
potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh 
yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin 
saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri 
kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah 
saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru 
saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN 
IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, 
sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat 
terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong 
ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dgn
 saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana 
mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan 
sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan 
sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes 
orang yg suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sgt 
jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan 
sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat 
saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin 
dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana 
ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua 
tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains 
yg mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 
3 hari 3 malam secara berterusan, Insya-Allah akan kita dapati 
bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah 
eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak 
ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya 
akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan 
sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jwpnnya 
ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke 
dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang 
ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah 
guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada 
manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? 
Pemerhatian pertama atau kes pertama yg gunakan sebagai bahan 
bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya 
yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan 
fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran 
dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak 
saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang 
gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi 
seorang wanita dengan kerjaya besar yg sentiasa sibuk dan tiada 
orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan 
sardin & klu ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 
40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang 
perempuan gemar mkn sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti 
fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. 
Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yg tidak merebak 
ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- 
pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin 
ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen 
(bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup 
tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...