Monday, 18 February 2013

Awas! Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala



Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap 
leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap 
untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika 
menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan 
sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.


Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan 
ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak 
menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yg memimpin penelitian tersebut 
mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, 
otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian & penghasilan 
bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dlm 
kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun di
diagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang 
meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan 
di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu 
lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yg 
tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi 
antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah 
menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah 
para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin 
dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para 
ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram 
berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam 
itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan 
tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian 
manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya 
kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang 
mana engkau dustakan. Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...