Saturday, 23 May 2015

APA ITU MALAM NISFU SYAABAN?

Sekadar berkongsi..


Tahukah anda apa itu malam Nisfu Syaaban? Mungkin 
antara kita sudah tahu apa itu malam Nisfu Sya’ban dan 
mungkin juga ada antara kita tidak tahu apa itu malam 
Nisfu Sya’ban. Semoga artikel ini dapat memberikan 
sedikit maklumat kepada kita semua mengenai “Apa itu 
malam Nisfu Syaaban”.
Nisfu dalam bahasa Arab bererti setengah dan manakalah 
Nisfu Syaaban pula bermaksud “Setengah Bulan Syaaban”. 
Malam Nisfu Sya’ban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu 
hari ke-14 pd siangnya. Mengikut pengiraan tarikh di dalam 
Islam, pertukaran tarikh berlaku pada selepas maghrib dan 
bukannya selepas 12 tengah malam seperti kalendar masihi.
.
Sebagai contoh mudah, jika hari ini (siang) bersamaan 
14 Syaaban maka malam ini (selepas maghrib) tarikh akan 
menjadi 15 Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan 
malam yang berkat dan ada yang menyatakan Malam Nisfu 
Syaaban adalah malam kedua termulia selepas Malam 
Lailatul Qadar. Pada Malam Nisfu Syaaban Allah 
mengampunkan dosa-dosa hambanya yang memohon 
keampunan melainkan dua golongan manusia iaitu 
golongan Musyrik dan Musyahin (Orang yg bermusuhan).
.
Pada malam Nisfu Syaaban segala buku cacatan amalan 
manusia selama setahun diangkat ke langit dan digantikan 
dengan buku cacatan yang baru. Cacatan pertama buku 
baru bermula apabila sebaik sahaja masuk waktu maghrib 
15 Syaaban.
.
Maka sama2 lah kita menghidupkan malam Nisfu Syaaban 
bg memperoleh keberkatan di atas malam ini kerana ianya 
sangat digalakkan dalam Islam. Semoga amalan baik yang
 dilakukan pada malam itu diterima oleh Allah.
Berkata Imam Syafie di dalam kitabnya(Al-Umm):
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa 
dikabulkan pada lima malam iaitu: malam Jumaat, malam Hari Raya 
Aidiladha, malam Hari Raya Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab, 
dan malam Nisfu Syaaban.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...