Wednesday, 22 June 2011

10 TIPS UNTUK TIDUR YANG BERKUALITI..

Jika anda mempunyai masalah kepincangan tidur, tukarlah tabiat tidur anda untuk malam serta rehat yang lebih baik.

Adakah anda mengalami masalah kurang tidur ? Kerja, tugas rumahtangga dan menjaga bayi serta anak-anak mungkin mengganggu tidur anda. Faktor lain seperti cabaran harian yang tidak diduga, bimbang masalah kewangan, pembuangan kerja, masalah perhubungan atau kesihatan; menyebabkan kita jarang mendapat tidur yang berkualiti.

Mungkin kita tidak dapat mengawal atau menghilangkan semua faktor-faktor gangguan tersebut tetapi kita sebenarnya boleh membuat satu suasana dan mengambil satu tabiat yang menggalakkan tidur serta rehat yang lebih baik.  Cubalah cadangan dibawah jika anda bermasalah untuk tidur:
  1. Masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu. 
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum masuk tidur.  
  3. Jauhilah nikotin, kaffien dan alcohol pada malam.
  4. Kerap bersenam tetapi selesaikan senaman anda sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum tidur.
  5. Jadikan suasana bilik tidur anda nyaman, senyap, gelap dan selesa.
  6.  Jadikan waktu tidur utama anda waktu malam.
  7. Sediakan tilam serta bantal yang selesa.
  8. Mulakan rutin yang merihatkan sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar musik yang selesa.
  9. Masuk tidur apabila anda sudah letih dan padamkan lampu..
  10. Ambil suplemen tambahan untuk membantu anda tidur dengan lebih baik.
Source & Credit To: Mayo Clinic

Maklumat lanjut..sila klik sini

Monday, 20 June 2011

Last day blajar Mandarin..

Hari ni last day blajar Mandarin..yo..yo..o jek pandai dah ni..
hehehehe..mcm sekejap jek blajar..skrg ni saya cerita je dulu..
nanti pic nye akan di masukkan kemudian..dr awl till last day
pic masa blajar..kira aku ni giler kuasa ar..org lain sebulan blajar
4 kali..aku dlm 11 kali..dr 12 kali kelas..hahahaha..tersgt la gler
kuasanye..
 
Apapun, aku jdkan masa blajar kali ni adalah sebagai
medium mengingat semula vocab mandarin yg tlh lama aku
tinggalkan..x dok sapa nak ckp ngan aku..so byk la yg lupa....
apa pun, aku bersyukur sbb skrg ni aku dah byk igt sml vocab..
& ble bina ayat dgn lebih baik..

Xiexie Eri laoshi he Mas laoshi..budi & jasa anda akan
dikenang selamanya..Tq Allah..kerana memberikan aku
peluang utk belajar lebih byk perkara..Semoga aku tidak
lupa jasa semua org yg telah membantu/memberi tunjuk
ajar kepada aku..amin..




 Awal2 blajar..
 nak jugak
 bergmbr2an..
 Penuh je..masa
 awl2 kelas




ni pic masa
awl bln 6..
skit ada 
pandai ckp..











Dgn penuh
 perasaan
 laoshi ajar..
 x dpt jugak
 x tau la..







 the very last
 day belajar
 Mandarin..
 issshhh btul
 ka pandai
 dah ni?





Tu la sedikit sebanyak kisahku belajar Mandarin semula..
Tak lupa juga kepada Wan laoshi..budi anda sangat saya
hargai..xiexie ni..

Saturday, 18 June 2011

Tips untuk mendapat network berkualiti..

Sedang asyik layan internet, terbaca plak sesuatu yg menarik kat
blog ni..

Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya,
networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan
adalah “If you are not networking, you 
are not working!”

Menarik. Tgk kat sini..http://www.irfankhairi.com/blog/

Friday, 17 June 2011

PETUA..

Petua kekal muda

·  Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap
   kesihatan, untukkekal cergas dengan memastikan fizikal dan
   mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah
   mendapat penyakit jantung berbanding merekayang aktif .

·  Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan,
   retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya
   menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan
   lengan.

·  Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan
   pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang.

·  Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang
   senaman, diet atau makanan tambahan.

·  Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan
   alkohol.

·  Kekalkan harga diri - bawa diri anda dengan penuh keyakinan
   dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga
   penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan
   muka.


Wednesday, 15 June 2011

Trip to Kuching, Sarawak

Agak lama x update jalan2 kisahku ini..ok hari ni nak kongsi cerita ttg
my trip to Kuching, Sarawak..Boleh dikatakan tahun 2007 adalah tahun
aku berjalan sakan..Ni kununnya hadiah birthday tuk thn 2007 la kiranya..
Aku pi ikut trip member..by RM 500++ for 3Ds 2Ns. Mmg best..sampai
x larat nak jalan..

Memang sesuatu yg baru sbbnye kat sana ble plak kepak dgn member
sampai kul 1 pg kat luar..ngeee...kat sini x pernah buat..x berani coz x de
kwn..jgn kata kluar mlm..skrg tgk wayang pun setahun x sekali..huhuhu..




Ni pic kat luar rumah
panjang..best ar..dgn
tangganye yg unik..gigil
jugak la kaki masa nak
turun..ada jln mudah x
nak..saja nak rasa turun
tangga cara tradisional
gamaknya..








Ni masa River
Cruise..dekat je
dgn hotel..
kebetulan plak
angin kuat masa
ni..tp satu
pengalaman yg
menyeronokkan..



hmm..byk lagi pic nye..mana taknye..muzium la, menyumpit la..yg paling
best, aku kena dera menari tarian buluh..eh btul ke namanye..haha..ble
plak mamat guide tu ckp cina dgn aku..layanzz.. best ar..sgt best..Aku
siap beli gula2 & minyak wangi lada hitam lagi..ble tahan la wangi..kreatif!
Yg paling best, pi beli ikan terubuk dgn kek lapis..

Disebabkan aku lambat dioffer tuk join trip ni, so aku punya flight open..
yg terdekat utk blk ke semenanjung, jam 2 ptg punya flight..diaorg yg
lain jam 5 ptg..huhu special lg anta naik limo..tp mmg satu pengalaman
yg sgt best..ada rezeki nak pi lagi..teringat plak ada makan sejenis buah
yg isinye macam rambai..tp besar skit buahnye..& berwarna merah..sgt
sedap..apa ntah nama buah tu ek..makanannye pun ble tahan..

Sunday, 12 June 2011

Ceramah oleh Utz Azhar Idrus..

Sekadar berkongsi ilmu..

Ceramah oleh Utz Azhar Idrus, Masjid Al-Jawahir, Mutiara
Rini, Skudai, 11 Jun 2011 (Sabtu), selepas solat Isyak.

Antara intipati ceramah beliau;
1. Kata2 yg sedikit tetapi jika ianya penuh dengan isi yg berguna,
    ia tetap yg terbaik (Moral: Kurangkan berkata2 dgn perkataan
    yg sia2).
2. Sabda Rasulullah s.a.w., sebaik2 manusia adalah org yg panjang
    doanya & sejahat2 manusia adalah org yg panjang juga doanya
    (Doa panjang sekali pun kalau tidak berisi, adalah sia2 shj).
3. Orang yg beriman adalah orang yg mencintai Allah & RasulNya
    lebih dr dia mencintai yg lain di dunia ini..
4. Ingat asal usul kita. Tidak kira siapa kita, besar mana pangkat
    kita, banyak mana harta kita, setinggi manapun pendidikan kita
    kalau meninggalkan solat & tidak beriman, sia2 lah semua itu.
    Tidak akan ada peluang kedua bagi kita sekiranya maut datang
    kepada kita. Sementara masih bernafas, buatlah segalanya sebaik
    mungkin. Tiada apa yg dapat membantu di padang Mahsyar
    nanti melainkan amalan2 kita di dunia ini.
5. Jaga solat. Apapun yg kita lakukan seharian, sesibuk manapun
    kita bekerja, jagalah solat kerana ia adalah tiang agama.
    -  Tiket ke Syurga ; i) Solat.   ii) Beriman.
    Kerajaan Allah hanya akan bagi kita gaji di padang Mahsyar nanti..
6. Ada orang masuk neraka kerana;
   - mata : lihat perkara2 yg tidak sepatutnya.
   - telinga : dengar umpatan.
   - mulut : bercakap perkara yg tidak elok (mengumpat).
   - Tangan : Mencuri, mengambil harta anak yatim dll.
   - Perut : Makan benda2 yg haram (arak dll).
   - Kemaluan : berzina.
7. Kelebihan antara orang lelaki & wanita..wanita pada mulutnya
    & lelaki pada kaki & tangannya.
   - Sebab tu doa ibu lebih cepat makbul, para ibu hendaklah
      berkata2 dgn perkataan yg baik shj kerana kata2 itu juga
      merupakan doa.
   - sekiranya anak2 degil/akan menghadapi peperiksaan, bacalah
     surah yasin & berdoalah. Berikan anak tersebut air yg dibacakan
     surah yasin tadi..insyaAllah.
   - Kerosakan minda anak2 berpunca daripada ibubapa kerana
     ibubapalah yg mencorakkan anak2 mereka (pendedahan).
8. Bayi yg keguguran selagi ia belum 4 bulan (belum ditiupkan
    roh kepadanya), tidak akan dipanggil ke padang Mahsyar.
    tetapi apabila telah masuk 4 bulan & ke atas, ibubapa
    hendaklah menamakan janin tersebut kerana ia juga akan
    berada di padang Mahsyar nanti & akan dipanggil nama mereka.
    Caranya : Bismillahirrahmannirahim.. dengan nama Allah, aku
                   namakan janin ini.......

Apa yg baik datangnya dari Allah..yg kurang dr saya sendiri..
sekiranya ada tersilap bhs, harap di maafkan..ini apa yg dapat
saya kongsikan..terima kasih Allah..



Ramai sungguh
orang yg hadir
mendengar
ceramah mlm
td..mmg berbaloi2..
Sampai ada yg
terpaksa parking
di luar masjid..

Saturday, 11 June 2011

Bowling Santai oleh Smart Tycoon JB..

Setelah hampir 9 tahun tak main bowling..huhu..smlm pi la main kat
Skudai Parade..ada 5 grp sume...Hilang rentak dah..nasib baik x jd
juara....longkang....hahaha..tp mmg best sbb semua yg main ni..
sempoi & sporting..pemain paling muda yg hampir dijadikan bola
bowling berumur 5 bln!!..jgn marah..




Gaya sudah ada..
mcm pro..pro eh?
janji gaya mau ada..
kuang..kuang..kuang









Haa..ni dia pemain
paling muda..berusia
5 bln..hampir2
dijadikan bola bowling
huhu..









Sebelum start,
posing dulu..










Stlh habis lawan,
gambar lg..ni pun
x semua..malu lo..







Keputusannya..hahaha grp aku di tempat ke tiga..alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...