Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur.
Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan
pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya
singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik
memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang
12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak2 tadi menghampiri pelanggan
lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu
begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya
sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan
bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih
saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia
keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati,
terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya
dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam
dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar
ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan
kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup
pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi
berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya
turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya
untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah
sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam
bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian
di hati. saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah RM10. Saya hulurkan padanya.Lantas
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya
berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-
kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih
terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat
membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.
Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan
pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta
kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu
abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat
tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia
tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan
masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja
orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu
lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk.
Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya
hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan
ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang
saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana
rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu
penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia
menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! (forwarded from my email)
Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje
Bagusnye adik ni..kadang2 kita yg
dewasa ni pun kena belajar juga
dgn mereka yg lebih muda..ilmu
ada di mana2..terpulang kepada
diri sendiri nak mencarinye di
mana & bagaimana caranya...
No comments:
Post a Comment