DARI kiri Janita, Esther, Jessica dan Gibrain tinggal bersama Mon Na
sebagai persediaan menduduki UPSR minggu depan di SK Tampak,
Penampang.Cikgu SK Buayan mudahkan murid di pedalaman ke
pusat peperiksaan
PENAMPANG: Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi hidup
muridnya. Hanya kerana mahu melihat muridnya berjaya dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), seorang guru membawa lima
murid Tahun Enam tinggal bersamanya untuk membimbing mereka
sejak dua minggu lalu.
Mon Na berkata, beliau mengambil keputusan membawa murid terbabit
tinggal di rumahnya di Kampung Tulung supaya mudah membimbing
mereka, selain jaraknya lebih dekat ke SK Tampasak bagi menduduki
UPSR.
“Dari SK Buayan mereka sukar ke SK Tampasak untuk menghadiri
peperiksaan kerana jauh dan terpaksa berjalan kaki, manakala dari
rumah di Kampung Tulung, saya boleh menghantar mereka dengan
kereta,” katanya baru-baru ini.
Perasaan simpati dengan keadaan anak muridnya mendorong Mon Na
membantu mereka dengan perbelanjaan sendiri semata-mata untuk
melihat mereka berjaya dalam pelajaran agar dapat mengubah nasib
keluarga masing-masing suatu hari nanti.
“Tiada yang lebih menggembirakan selain kejayaan anak murid saya.
Walaupun sekadar lulus dalam UPSR, saya akan berpuas hati.
Ini cuma sebahagian sahaja intipati cerita..syukur ada guru yg baik &
ikhlas membantu pelajar2 ini..semoga jasa baik guru seperti ini akan
mendapat balasan yg setimpal dgn usaha beliau..
Terkenang akan bekas anak2 muridku..semoga menjadi anak bangsa
yg berguna..amin..
No comments:
Post a Comment