Monday, 2 May 2011

Idola

3 tip Adi Putra pintar Matematik

LANCAR...Adi Putra (tengah) ketika pelancaran bukunya, Seni Matematik Islam.

LANCAR...Adi Putra (tengah) ketika pelancaran bukunya, Seni Matematik Islam.

KUALA LUMPUR: “Untuk menjadi seorang yang mahir dan pintar dalam
Matematik Islam, tiga tip perlu diamalkan iaitu jangan pegang mesin
kira setiap kali hendak mengira, kurangkan mengguna SMS dan kurangkan
bermain alat permainan video,”
 kata Adi Putra Abdul Ghani, 12, kanak-kanak cilik Matematik Islam.

Dia yang memberikan tip berkenaan pada majlis pelancaran buku
sulungnya, Seni Matematik Islam di sini, semalam, berkata petua berkenaan
perlu diamalkan kerana banyak sebab dapat
dilihat berlaku daripada menggunakan perkara di atas.

“Menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan
otak untuk  berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

“Dengan mengurangkan penggunaan SMS pula, ia mengekalkan
penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap
masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan
setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.

“Penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan
jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu
melakukan apa-apa termasuk bersolat,”
katanya. Hadir sama pada majlis berkenaan, pensyarah
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merangkap Mentor Adi Putra,
Profesor Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, pelakon veteran,
Senator Tan Sri Jins Shamsuddin dan penyampai radio, Halim Othman.

Adi Putra yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam
dari Universiti Riau, Indonesia, berkata walaupun permainan
video alat interaktif yang mampu menjana minda, tetapi untuk
jangka masa panjang ia membawa lebih banyak keburukan
daripada kebaikan.

Buku setebal 200 muka surat yang diilhamkan Adi Putra
dalam menghasilkan Matematik Islam sejak dia berusia enam tahun itu
 dikumpulkan hasil daripada
12 formulanya mendalami pelajaran Matematik.

Dijual pada harga RM40.20 senaskhah, buku yang sudah dua minggu
berada di pasaran itu terjual lebih 3,000 naskhah sejak ia dipasarkan.
Masa sebulan diambil untuk menyiapkan buku berkenaan dan Adi Putra
menyasarkan menerbitkan buku itu dalam lima bahasa iaitu Inggeris,
Mandarin, Arab, Jerman dan Perancis.

Semuda manapun seseorang itu kalau dia
lebih bijak dan luas pengetahuan,
jgn malu untuk dijadikan tmpt rujukan..I like!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...