Lalai solat kerana pengaruh dunia
PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat
mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat
melakukan solat secara berjemaah? Pernahkah kita terasa berdosa
tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita
sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.
Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan
perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi
menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan.
Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti
Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti
gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda
tidak khusyuk.
Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:
1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar
sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan
sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa
apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar
pun tidak.
2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat
2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat
dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang
diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.
3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang
3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang
tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan.
Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap
lalai.
Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati,
Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati,
masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.
4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan
4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan
di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak
baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan
tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan
Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.
5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang
5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang
dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu
di dalam sembahyang. Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai.
Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa
dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.
6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa
6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa
dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain
mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul
ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah
sembahyang yang benar-benar khusyuk.
Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati
Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati
amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan
terbawa dalam sembahyang.
Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan
Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan
seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita
salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank
tutup dan sebagainya.
Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa
Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa
khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan
percaya sahaja, kita tidak akan dapat rasa khusyuk.
Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran
Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran
sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan
orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.
Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk.
Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk.
Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan
dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.
Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa
Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa
bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat
rasa khusyuk.
Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah”
Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah”
Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita
beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.
Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa
Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa
Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan
mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara
lahir dan batin.
Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya
Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya
kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa.
Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.
No comments:
Post a Comment