Tuesday, 17 May 2011

Just for sharing...

Kekalkan kesihatan kaki
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my
2011/05/18

pix_gal0
KASUT antara aksesori yang gemar dihimpun dan sering ditukar ganti
mengikut kesesuaian persalinan. Seperti beg tangan dan perhiasan lain,
himpunan kasut juga dikatakan mampu mencecah ke puluhan ribu ringgit.

Kedengaran agak pelik, mengapa perbelanjaan tinggi sanggup dilaburkan
demi mendapatkan kasut yang pakai di kaki. Apa kelebihannya kasut
mewah ini berbanding dengan kasut yang dilambakkan sepanjang jualan
lelong mahupun pasar malam?

Tahan lama dan keselesaan adalah antara faktor utama yang diambil kira
sehinggakan ramai yang sanggup berbelanja lebih hanya untuk sepasang
kasut.

 Secara fizikal, dari segi luaran, mungkin tidak nampak beza antara kasut
mahal dengan yang murah, namun hakikatnya, dua faktor disebut tadi memberi perbezaan ketara. Sama seperti membeli barangan asli dan tiruan. Lebih penting, kasut yang lebih tinggi harganya, mahal kerana keupayaannya melindungi kaki.

“Kasut yang dipakai di kaki memainkan peranan penting untuk rutin harian terutama buat mereka yang banyak bergerak dan berjalan. Tanpa kasut yang selesa, segala perancangan pasti tergendala akibat masalah lazim seperti kaki melecet dan sebagainya,” kata Pengurusan Pemasaran Transmarco Concepts Sdn Bhd, Diana Wong.

Kata Wong, kasut juga bertujuan untuk melindungi kaki dari sebarang pendedahan dan ancaman seperti cuaca basah, memerlukan kasut kalis air dan tapak kasut yang mencengkam bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.

“Manusia bergantung kepada kekuatan kakinya untuk terus bergerak menjalankan tugasan penting mahu pun bersantai berikutan ia menampung berat tubuh. Kaki juga berkait rapat dengan sistem peredaran darah seluruh badan.
“Jadi, kaki sememangnya perlu mendapatkan penjagaan baik, selain daripada wajah dan tangan kita. Oleh itu, pemilihan kasut yang tepat bukan saja memberikan perlindungan malah membantu mengekalkan kesihatan kaki tanpa menjalani rawatan urutan refleksologi,” katanya.

Kasut mahal jelasnya, sering kali didatangkan bersama teknologi tertentu bagi menghasilkan pemakaian selesa dan terjamin buat pembeli.

Namun, katanya, pembeli perlu meneliti rekaan, keupayaan kasut memberi keselesaan dan kesesuaiannya dengan kaki terlebih dulu.

“Pembeli selalunya hanya melihat pada harga kasut tanpa terlebih dulu meneliti kesesuaian kasut. Cuba dulu kasut yang diminati, berjalan dengannya dan kemudian, baru buat keputusan.

“Jika membeli kasut yang diselitkan dengan teknologi tertentu, fahami dulu keperluan anda seperti rekaan, kualiti, kelebihan yang ditawarkan kasut itu, terutama buat wanita yang cukup gemarkan kasut bertumit tinggi,” jelasnya.

Ditemui pada majlis pelancaran koleksi baru Hush Puppies, pusat beli-belah Pavilion, baru-baru ini, Wong berkata, teknologi yang diterapkan pada rekaan kasut memberi keselesaan kepada pemakai, seiring mengikut arus fesyen dan membantu kontur kaki, membetulkan struktur tulang sekali gus mengurangkan tekanan ke atas kaki serta sendi pemakai.

Antara teknologi kasut yang tidak asing lagi dalam bidang pembuatan kasut adalah The Body Shoe, Zero G Flex, Wave Reflex, Bounce, Street Smart dan Air Flow.

Kasut The Body Shoe kini semakin mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan berikutan kelebihannya memberi kesan seakan bersenam dan membina otot sepanjang pemakaiannya. Ia juga memberi tahap tekanan dan sokongan yang berlainan kepada setiap bahagian kaki kerana teknologi yang digunakan mampu mengurut tapak kaki secara perlahan-lahan ketika berjalan malah nodul dalam lapik tapak kasut merangsang peredaran darah dalam kaki.

“Keadaan ini membolehkan kaki mereka berasa selesa dan bahagian belakang tidak sakit apabila melakukan senaman ringkas selain memiliki lapisan penyerap tekanan yang mampu melindungi kaki daripada kesan aktiviti,” katanya.

Pergerakan juga lebih mudah dan ringan dengan Zero G Flex kerana hasilnya seakan tidak memakai kasut di samping luarannya senang lentur, membuatkan pergerakan kaki lebih santai mengikut keadaan. Ia juga mengikut kontur kaki bahkan menjamin keselesaan optimum.

Wave Reflex pula ditampilkan khas dengan tapak berukir ombak sebagai penghalang arus supaya pemakai tidak tergelincir ketika bergerak di permukaan licin. Ia paling sesuai untuk wanita hamil.

Bagi mendapatkan tahap tekanan dan sokongan yang berlainan kepada setiap bahagian kaki sekali gus mengurangkan kelesuan dan mengembalikan kecergasan kaki walaupun sudah lama berdiri dan berjalan, Bonce adalah pilihan terbaik.

“Selain Bounce, kasut Street Smart dan Air Flow bersesuaian untuk pemakaian di negara ini berlandaskan kemampuannya mengekalkan kekeringan dalaman walaupun pemakai terpaksa berhadapan dengan hujan selain masalah kaki cepat berpeluh,” kata Wong.


Teknologi tinggi Hush Puppies

BANGKIT dengan nafas baru yang lebih menceriakan, Hush Puppies, yang sudah 50 tahun bertapak dalam industri kasut, kembali dengan koleksi Luruh/Panas Hush Puppies 2011, dengan gaya santai, kasual serta formal ke pejabat.

Tampil dengan rona menarik, koleksi The Body Shoe, The 1958 Series dan Hello Sunshine mengekalkan kelebihan teknologi dalam setiap rekaannya, yang mampu memberi keselesaan dalam setiap pemakaian.

The Body Shoe sesuai untuk aktiviti dalam seperti gimnasium dan aerobik.
Kelebihan rekaannya mampu mengembalikan kontur kaki sekali gus
memberikan kesan terhadap pembentukan otot kaki. Koleksi itu juga sesuai
dipadankan untuk aktiviti bersantai supaya pergerakan kaki tidak terganggu
sepanjang hari.

Kembali pada nostalgia, The 1958 Series kini kembali dengan mainan warna
menarik menceriakan langkah anda seringan memberikan kesan positif kepada
postur dan jajaran kaki seterusnya mengurangkan tekanan ke atas kaki dan
sendi pemakai.

Tambahkan lagi keseronokan dengan rangkaian Hello Sunshine. Kasut sarung
ini sesuai dipakai untuk ke pantai mahu pun berkhemah di hujung minggu anda.


INFO

Panduan memilih kasut


  • Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Ini kerana otot di kaki waktu itu mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika bersukan.
  • Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki. Pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki.
  • Pilih kasut yang tidak `menggigit' bahagian ibu jari kaki.



Panduan memilih kasut bertumit tinggi

  • Seeloknya tumit tinggi tidak melebihi dua inci (5 sentimeter) memandangkan tumit mampu memberi impak jangka masa panjang terhadap tulang dan postur tulang.
  • Tumit terlalu tinggi, membuatkan kaki seolah-olah menjunam. Ia menyebabkan pemakai berasa penat ketika berdiri atau berjalan terlalu lama kerana terpaksa menahan berat badan.
  • Jika kasut bertumit rendah tidak mampu menyuntik keyakinan pada diri, cuba beralih kepada wedges. Ia mampu membuatkan anda nampak tinggi, wedges juga memberikan keselesaan mendatar kepada pemakainya.

 Hmm..good info..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...