Saturday 17 August 2013

JOM!!!! SIHAT BERSAMA GARLIC..


Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan 
remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.

Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai 
kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?



Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati 
bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam & bau 
yg tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan & nutrisi 
bawang putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang 
berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral 
termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, 
zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan 
sebagainya. Ia amat berguna untuk melawan kolesterol dalam badan 
dengan membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan 
kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan trigliserida.Garlic 
tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh 
usus kecil dan kesannya berlipat ganda.

Selain itu, ia juga membantu dlm;..
Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran 
darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan 
darah dgn baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan risiko kanser
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu 
membantu mengurangkan radikal dlm darah, sekaligus mengurangkan 
risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini 
bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan 
beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, 
jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi banyak iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yg tinggi yang baik untuk 
pesakit hypertiroid.

Dapat tingkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua 
hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti 
sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

For More Info PM @ SMS >> 012-2200979 <<




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...