Showing posts with label Lawak Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Lawak Jenaka. Show all posts

Thursday, 22 September 2011

Ni sesuai bg yang tengah2 tension..ble kasi release skit..

Kelakau giless & mereleasekan stress kijo, suka sgt ..... Klu binatang
ada facebook, agak-agak apa status mereka? Hehehe..

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, 
                     Alhamdulillah…
CICAK     : isteriku tersepit pintu!
KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I
                                  bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya 
                                  siapa.”
AYAM      : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah 
                   di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah 
                   untuk I yaa
NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS
                     uwaaaaaaa
KUCING   : Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI  beb!!!
BABI         : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku 
                    yang disebutnye...wei bro! Len kali siasat dlu la sape yang 
                    berak kat depan umah kaw...tension!!!

hahaha..release skit..lawaks abis…


Monday, 5 September 2011

Ramadan Dinanti, Syawal Dirai: Imam melatah 'opocot mak kau'

pix_gal0
PERISTIWA tok imam terkejut sehingga melatah ketika sedang mengimamkan
sembahyang di masjid kerana terkejut dengan bunyi dentuman mercun
menjadi kenangan paling melucukan penyair Melaka, Syahril Azrul Har, 27.

Syaril atau nama penanya, Amni Jagat, 27, dan makmum lain yang sedang
berjemaah tidak dapat menahan ketawa apabila imam melatah sehingga
terpacul perkataan ‘opocot mak kau’ sehingga sembahyang seluruh jemaah
terbatal.

“Kami ketawa pecah perut ketika itu kerana bukan saja terkejut dengan
bunyi mercun dalam masjid yang dibaling remaja nakal, tetapi juga kerana
imam melatah sedangkan kami sedang bersembahyang.

“Imam yang begitu marah akhirnya keluar masjid untuk memarahi remaja
nakal yang sengaja membaling mercun ke dalam masjid, tetapi mereka
lebih dulu memecut motosikal sepantas kilat untuk menyelamatkan diri.

“Kasihan imam yang bengang dengan peristiwa itu mengarahkan bilal
menggantikan tempatnya dan sudah pasti peristiwa yang berlaku pada
petang Ramadan terakhir dan ketika kami sedang seronok untuk
menyambut Syawal itu kekal dalam ingatan setiap daripada kami sehingga
kini,” katanya ketika dihubungi Sastera.

Akibat peristiwa lucu itu, semua jemaah terpaksa bersolat sekali lagi dan
kali ini tok bilal pula menggantikan tempat imam yang nampak keletihan
akibat melatah panjang dan perasaan terkejutnya yang lambat reda.

Amni yang ketika itu sudah berada di sekolah menengah tidak kurang
nakalnya seperti remaja lain dan sering membuat bising hampir setiap
malam menjelang Aidilfitri dengan mereka cipta mercun buatan sendiri
dan bermain perang-perang bersama-sama rakan di kampung.

“Saya bernasib baik kerana tidak pernah ditimpa sebarang kecelakaan
semasa bermain mercun. Saya dan rakan-rakan mendapat ilham
daripada filem Bukit Kepong, serta bermain perang-perang dengan
membayangkan seolah-olah kami sedang bertempur menentang
pengganas komunis,” katanya yang kini sedang ligat menyiapkan
novel terbaru, Anca Dayanti.

Tidak cukup dengan itu, Amni dan rakan-rakan meniru watak Jins
Shamsuddin dalam filem itu dengan menggunakan dialognya pada
babak pertempuran dengan komunis sehingga kadangkala terasa
lucu dan menyebabkan dirinya ketawa terbahak-bahak.

Sian pak imam..


Wednesday, 4 May 2011

~pepatah melayu~

Message: Pepatah Melayu

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.....

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah..
Funny Myspace Comments

Friday, 22 April 2011

TENSION? FEEL GOOD..

Di sini saya kongsikan sikit jenaka utk meringankan tension anda..LAWAKS!


Cium :

Mau mesra cium bibir,
Mau enak cium dekat dada,
Mau nikmat cium di bawah pusat,
Mau lebih panas ?
Turun Lagi Lebih ke Bawah... ..Cium Tuh Tar Jalan Raya !!!



Susu :


Kata ayam pada lembu : Manusia itu kejam, Aku makan beras sikit aja dah
diusir !!
Kata lembu : Elo.. tu masih dikira baik, tetekku tiap hari
diraba-raba, diramas-ramas, dipicit-picit, tapi kawinnya tidak!!!


Tertipu :


Jika kau jadi bunga aku rela jadi kupu-kupu.
Jika kau siang, aku rela jadi matahari
Jika kau samudera aku rela jadi ikan
Jika kau jadi monyet,
aku RELA, SUNGGUH, SUMPAH AKU RELA !!! SWEARRR...


Bercumbu :


Minah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan
hatinya, Mamat yang berprofesi sebagai petani.

Suatu senja, ketika tengah jalan2 dan menikmati pemandangan desa, mereka
melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan... ..

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, " Rasanya
saya jadi ingin juga melakukannya, " sambil memandang Minah mesra.

"Silakan saja," balas Minah " kan kerbau2 tu milikmu."


Nak Kena Sumbat :


Suatu ketika mandilah seorang lelaki di air terjun nan indah ... ..
Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya ..
dan berkecipak-cipuk bermain dengan air ... .
dari jarak kejauhan datanglah seorang Nyah berjalan dan
mendekat, mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi ...

si Nyah menikmatinya ... .
dan ... OOOPPPS !!!! si Nyah memijak ranting ... "KKKRRRIIIIIEEEEK"
si lelaki terperenjat !!!

Lelaki : SIAPA TU??

Nyah : ( diam saja ... takut ketahuan )... .

kerana tidak ada yang menjawab si Lelaki melanjutkan mandinya, tetapi si
Nyah kemalangan, dia jatuh terpeleset ,

"GUUUBRAAK"

Lelaki : SIAPA LAGI TU? CEPAT NGAKU!!!! KALO TAK... NANTI KALO WA
DAPAT..... WA SUMBAT PAKAI BARANG WA NI!!!!

Nyah : ( girang ... dan menampakan mukanya sambil bergaya seperti biasanya
seorang Nyah ) ... . JANJI YA ... ..!!!!!!!


KES TAK BERTEGUR SAPA


Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham... dan tak
bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam
mana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi esoknya..Si suami ni dapat
idea..lalu dia tulis satu nota

"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada ... nak ketawa
pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpala nota

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"


Muntah


Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di
pasaraya bersama ibunya.
"Mama," kata gadis kecil itu.. "Bolehkan kita balik sekarang?"
"Tidak," jawab ibunya.
"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu.
"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas... "
Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.
"Sudah selesai?" tanya ibunya.
"Ya."
"cepatnya?"
"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung..
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG
SAKIT"



laugh.gif Ok dah?..Feel Good..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...