Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

Sunday, 15 May 2016

SELAMAT HARI GURU 2016


Terima kasih buat semua guru yang pernah mendidik diri 
ini secara langsung mahupun tidak. Terima kasih juga 
buat guru di luar sana tidak kira di mana jua berada.. 
jasa Cikgu sangat besar buat kami!!

#SelamatHariGuru2016


Wednesday, 1 April 2015

WELCOME APRIL!!

Rata2 sana sini duk cita tentang GST ye dak..
Tak pe.. dr kita duk fikir2, meh saya share sikit info..

Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?

1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan
    GST di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my

2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.

3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST,
    dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan
    tertera nombor tauliah GST pada resit tersebut. Jika tiada atau
    anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN
    SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang
    & harga. Jangan lupa ambil gambar kedai & peniaga tersebut.
    LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

5. Perlaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan
    harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan
    dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.

6. PENIAGA YG AMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN
    HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, BAKAL
    DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.

7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan
    bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati
    perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.

8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan
    KPDNKK     di talian 03-88826245. Pastikan bukti
    DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa
    mengambil tindakan.

9. Pastikan anda mengemas kini info GST melalui laman
    sesawang
    i. gst.customs.gov.my
   ii. www.kpdnkk.gov.my

Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang
i. www.ppim.org.my
ii. www.nccc.org.my

JADILAH MATA DAN TELINGA KEPADA PIHAK BERKUASA BAGI MEMBANTERAS GOLONGAN PENIAGA TAMAK!

Semoga info in membantu anda di luar sana..

Sunday, 3 August 2014

BUAT semampu BAIK!!





Kita tahu tahap kemampuan diri kita sendiri.. 
Kalau nak pi berperang tu.. memang saya tak mampu.. 
Jika kita bersatu hati dalam boikot memboikot ni.. tak mustahil dengan 
kerjasama umat Islam seluruh dunia, pasti mereka akan terkesan juga 
dgn boikot yg kita buat. Ini saje yg mampu.

Memang sebelum ni saya juga ada 'terbeli' produk2 dari 'sana'.. 
Bagus kata kau?? Dah terbeli.. banyak lagi.. takkan nak buang pulak kann.. 
seeloknya elakkan pembaziran.. guna je sampai habis.. cuma lepas2 ni kita 
jangan duk beli lagik.. banyak je produk2 lain yg tak kurang hebatnya.. 
In shaa Allah sama2 kita jayakan.. 

Jom sama2 kita panjatkan doa buat saudara kita di sana..
#‎Bersatukitateguhberceraikitaroboh
#‎Pray4Gaza
#‎SaveGaza

Thursday, 15 May 2014

SELAMAT HARI GURU..

Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar guru..




Istimewa buat guru-guru & pensyarah- pensyarah yg pernah mendidik 
saya dr Tadika, di SKKT, di SM Datuk Bendahara, & UiTM, Shah Alam 
- Diploma & Degree (1996 - 2002), sahabat2 yg pernah sama2 mengajar 
di SMK Damai Jaya & SMK Datuk Usman Awang serta sesiapa juga yg 
pernah memberikan ilmu kepada saya secara tidak langsung.. Tak lupa 
juga buat 2 insan teristimewa utk emak Hjh. Saripah Hj Mohd Noh & 
Allahyarham apak Hj Nordin Ahmad yg menjadikan saya seorang insan 
berguna... Terima kasih!!

#GuruPencetusKreativitiPenjanaInovasi
Sharing with lots of LUV
#ProjekSTG

Saturday, 31 August 2013

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..




 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 56 tahun..better late
than never..alhamdulillah..lewat mengucapkan hari kemerdekaan coz
hari ni adalah closing day..apapun. jooommmm kita MERDEKA
dlm erti kata sebenar...memerdekakan niat* minda* hati* tindakan
Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita..



Saturday, 24 August 2013

SELAMAT HARII WANITA 2013

Bismillah..
ooooo rupanya sambutan hari wanita 2013 jatuh pada hari ni 
ya..SELAMAT HARI WANITA kpd wanita2 di luar sana..
hargai dirimu kerana dirimu begitu berharga..sesuai dengan 
tema kali ini..
"RESPEK WANITA : MASYARAKAT SEJAHTERA"
selari dengan usaha dlm membendung jenayah membabitkan 
wanita seperti ragut & keganasan rumah tangga yg semakin 
menjadi-jadi kini..

 Jom kita dengarkan lagu buatmu WANITA..


Hargailah WANITA kerana dialah adik, dialah kakak, dialah 
ibu, dialah anak, dialah isteri..layan & letakkan mereka 
di tempat yang sepatutnya..


Friday, 16 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Bismillah..
Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua..rasanya masih blum terlambat..
almaklum ke'busy'an..

Sempena bln baik & hari baik ni, saya mengambil kesempatan memohon
kemaafan sekiranya ada salah & silap..


Tuesday, 9 July 2013

SELAMAT BERPUASA SAHABAT2 DI LUAR SANA..

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT lah ubatnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya

MOHON MAAF ZAHIR & BATIN,
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA sahabat2..

Niat berpuasa jangan lupa pula ya...

Monday, 1 April 2013

BIRTHDAY OFFER!!! GRAB THIS OPPROTUNITIES



Alhamdulillah..syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah..

Pagi ni saya nak buat OFFER yg x pernah2 dibuat..wahh OFFER apa 
plak tu ya??

Haaa....Sempena hari jadi yg bakal tiba minggu ini, saya nak OFFER 
kepada anda di luar sana. Jom jangan lepaskan peluang keemasan ini..
Hanya 5 HARI sahaja untuk 5 orang PERTAMA....Siapa CEPAT dia 
yang DAPAT!!!

I SHARE because I CARE..

Sekiranya berminat, pm FB norlidah Nordin @ 
sms 012-2200979 for more info 


Thursday, 28 February 2013

2 komando Malaysia, 10 penceroboh terbunuh di Lahad Datu



Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 
10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran 
antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh 
kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBN news melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sbg
berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu 
Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yg mengetuai kumpulan 
bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan 
empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani 
dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya meng-
hentikan serangan itu, & berkata orang-orang Azzimudie 
hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya 
beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah 
menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

AKhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber 
yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa 
dua penceroboh telah ditembak mati, manakala 3 anggota 
tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta 
Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden 
menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang 
kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul 
Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha 
Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang 
dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden 
menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Ya Allah..kau bantu mereka ya Allah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...