Thursday 28 February 2013

2 komando Malaysia, 10 penceroboh terbunuh di Lahad Datu



Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 
10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran 
antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh 
kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBN news melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sbg
berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu 
Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yg mengetuai kumpulan 
bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan 
empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani 
dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya meng-
hentikan serangan itu, & berkata orang-orang Azzimudie 
hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya 
beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah 
menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

AKhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber 
yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa 
dua penceroboh telah ditembak mati, manakala 3 anggota 
tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta 
Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden 
menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang 
kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul 
Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha 
Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang 
dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden 
menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Ya Allah..kau bantu mereka ya Allah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...