Friday 20 May 2011

Hasil Berganda ..

Kalau dulu pokok manggis di kampung (Kesang, Jasin) biasa2
sahaja buahnya..kini setelah menggunakan baja Ezigrow, hasilnya
cukup memuaskan hati..penuh dengan putik buah setiap dahan
yang ada..buktinya..lihatlah sendiri..

Apa tunggu lagi? Baja Ezigrow bukan hanya untuk pokok buah-
buahan, malah sangat sesuai untuk tanaman jangka masa panjang
(kelapa sawit), pokok bunga-bungaan dan sayur-sayuran.

Satu lagi contoh tanaman, ubi keledek..daunnya lebar dan isinya
cukup memuaskan hati walaupun hanya tanaman di tepi rumah.

Kalau tengok daunnya sahaja dah lebar dan sihat begitu,
inikan pula isinya..

Maklumat lanjut, sila hubungi  Ida / 012-2200979

Rahsia "BUAH BERGANDA" Kini Terbongkar..


 Baja  Ezigrow
Menggandakan Hasil Tanaman
(Increase Plant Yield)


Baja Ezigrow adalah baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman 
beriklim tropika supaya boleh meningkatkan hasil serta kualiti 
tanaman. Ezigrow adalah amat sesuai digunakan pada peringkat 
pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman 
jangka masa panjang (kelapa sawit), bunga-bungaan, 
buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia mampu menjimatkan sehingga RM4500 setahun berbanding 
penggunaan baja biasa untuk 10 ekar tanaman kelapa sawit.


 





Berbaloi2.. hasil buah 
kelapa sawit lebih berat 
dgn ezigrow, baja semburan 
yg patut anda miliki dan 
kini telah terbukti di 
Felda Mayam, Pahang...
HEBAT!!









Untuk maklumat lanjut, sila hubungi  Ida  /  012-2200979










Thursday 19 May 2011

Take The TIME..

Take the time to love..
  It is secret of eternal youth!
Take time to laugh..
  It is the music of the heart!
Take time to cry..
  It is the sign of a large heart!
Take time to hear..
It is the power if Intelligence!
Take time to think..
It is the key to success!
Take time to play..
It is the freshness of childhood!
Take time to dream..
It is the breath of happiness!
Take time to LIVE..
Because time passess QUICKLY AND NEVER returns!

Wednesday 18 May 2011

Kisahku 2

hmm sambung masa zaman skolah..

aku ni mmg kaki sukan..so masa form six, ntah mcmana la aku ble
tersuka edit mengedit idea org..so aku jd setiausaha utk sifclub
(majalah skolah yg kami keluarkan..). memula tu sebulan sekali
kami kluarkan majalah ni..tp lps byk sgt yg anta nukilan, kami x
menang tangan dibuatnye..so kluarkan 2 minggu sekali..

Mmg happening ar masa form 6..byk kenangan..time ni la ntah
mcmana aku byk pi camping..pi jln2..ni mungkin jugak pengaruh
dr kwn2 yg sama kepla..kaki jln..ckp je..apa yg kami x buat..pi
camping kat asahan, kat sagil, kat pulau besar, kat pulau pangkor
pun aku g..isshhh skrg ni je dah x de member nak buat semua
tu..huhu..mana lg..ooo bukit batu lebah, habis denai, sungai, bukit
pun kami daki..

gambar akan di scan..ishh dulu2 mana ada camera digital ni..so pic
je la..sudah nak kena scan lg..aduhh..sabar ya..

Walaupun ada insiden2 yg mencalarkan hati..tp mmg zaman skolah
la zaman yg paling BEST! ntah bila la nak dpt jumpa ramai2 mcm
dulu lg..masing2 sibuk bekerja..rindu kawan2 zaman skolah yg baik
dgnku..

Nak sebut nama ramai sgt..& ada yg dah lupa nama tp muka igt lg..
tapi sebut jugak la mana yg hengat..y'da, zarah, biyah, kak N, sarah,
nor, ani, jekub, imah, ari, fakhrul, along haizam, ajak, param..hehe
lupa nama btul dia, madie, alison, ka keng, kamlesh, hairool a.k.a.
kicap, fuad, khairul, sham, aida, azhan, zizah wahab, zizah othman,
man, borhan, azrul, bad, min, norlina, farid, rapid, fifi, yan ni, fiza,
tini, haris, hashim, noorzam, linda kamisan, linda, snol, zizul, galah
pun x hengat nama btul, ajen, mani, dayat, irwan, jeff, ghee yeaw,
krumy, lokman, angah, yati misran, masnizah, ezrin, paji, nawan,
nizam, mrqurie, nazal, nazri bongsu, yani, ida ahmad, ana, pida,
rizal, roha..& lain2 lg..perghh ramai ar..penat dah taip..

Tuesday 17 May 2011

Just for sharing...

Kekalkan kesihatan kaki
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my
2011/05/18

pix_gal0
KASUT antara aksesori yang gemar dihimpun dan sering ditukar ganti
mengikut kesesuaian persalinan. Seperti beg tangan dan perhiasan lain,
himpunan kasut juga dikatakan mampu mencecah ke puluhan ribu ringgit.

Kedengaran agak pelik, mengapa perbelanjaan tinggi sanggup dilaburkan
demi mendapatkan kasut yang pakai di kaki. Apa kelebihannya kasut
mewah ini berbanding dengan kasut yang dilambakkan sepanjang jualan
lelong mahupun pasar malam?

Tahan lama dan keselesaan adalah antara faktor utama yang diambil kira
sehinggakan ramai yang sanggup berbelanja lebih hanya untuk sepasang
kasut.

 Secara fizikal, dari segi luaran, mungkin tidak nampak beza antara kasut
mahal dengan yang murah, namun hakikatnya, dua faktor disebut tadi memberi perbezaan ketara. Sama seperti membeli barangan asli dan tiruan. Lebih penting, kasut yang lebih tinggi harganya, mahal kerana keupayaannya melindungi kaki.

“Kasut yang dipakai di kaki memainkan peranan penting untuk rutin harian terutama buat mereka yang banyak bergerak dan berjalan. Tanpa kasut yang selesa, segala perancangan pasti tergendala akibat masalah lazim seperti kaki melecet dan sebagainya,” kata Pengurusan Pemasaran Transmarco Concepts Sdn Bhd, Diana Wong.

Kata Wong, kasut juga bertujuan untuk melindungi kaki dari sebarang pendedahan dan ancaman seperti cuaca basah, memerlukan kasut kalis air dan tapak kasut yang mencengkam bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.

“Manusia bergantung kepada kekuatan kakinya untuk terus bergerak menjalankan tugasan penting mahu pun bersantai berikutan ia menampung berat tubuh. Kaki juga berkait rapat dengan sistem peredaran darah seluruh badan.
“Jadi, kaki sememangnya perlu mendapatkan penjagaan baik, selain daripada wajah dan tangan kita. Oleh itu, pemilihan kasut yang tepat bukan saja memberikan perlindungan malah membantu mengekalkan kesihatan kaki tanpa menjalani rawatan urutan refleksologi,” katanya.

Kasut mahal jelasnya, sering kali didatangkan bersama teknologi tertentu bagi menghasilkan pemakaian selesa dan terjamin buat pembeli.

Namun, katanya, pembeli perlu meneliti rekaan, keupayaan kasut memberi keselesaan dan kesesuaiannya dengan kaki terlebih dulu.

“Pembeli selalunya hanya melihat pada harga kasut tanpa terlebih dulu meneliti kesesuaian kasut. Cuba dulu kasut yang diminati, berjalan dengannya dan kemudian, baru buat keputusan.

“Jika membeli kasut yang diselitkan dengan teknologi tertentu, fahami dulu keperluan anda seperti rekaan, kualiti, kelebihan yang ditawarkan kasut itu, terutama buat wanita yang cukup gemarkan kasut bertumit tinggi,” jelasnya.

Ditemui pada majlis pelancaran koleksi baru Hush Puppies, pusat beli-belah Pavilion, baru-baru ini, Wong berkata, teknologi yang diterapkan pada rekaan kasut memberi keselesaan kepada pemakai, seiring mengikut arus fesyen dan membantu kontur kaki, membetulkan struktur tulang sekali gus mengurangkan tekanan ke atas kaki serta sendi pemakai.

Antara teknologi kasut yang tidak asing lagi dalam bidang pembuatan kasut adalah The Body Shoe, Zero G Flex, Wave Reflex, Bounce, Street Smart dan Air Flow.

Kasut The Body Shoe kini semakin mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan berikutan kelebihannya memberi kesan seakan bersenam dan membina otot sepanjang pemakaiannya. Ia juga memberi tahap tekanan dan sokongan yang berlainan kepada setiap bahagian kaki kerana teknologi yang digunakan mampu mengurut tapak kaki secara perlahan-lahan ketika berjalan malah nodul dalam lapik tapak kasut merangsang peredaran darah dalam kaki.

“Keadaan ini membolehkan kaki mereka berasa selesa dan bahagian belakang tidak sakit apabila melakukan senaman ringkas selain memiliki lapisan penyerap tekanan yang mampu melindungi kaki daripada kesan aktiviti,” katanya.

Pergerakan juga lebih mudah dan ringan dengan Zero G Flex kerana hasilnya seakan tidak memakai kasut di samping luarannya senang lentur, membuatkan pergerakan kaki lebih santai mengikut keadaan. Ia juga mengikut kontur kaki bahkan menjamin keselesaan optimum.

Wave Reflex pula ditampilkan khas dengan tapak berukir ombak sebagai penghalang arus supaya pemakai tidak tergelincir ketika bergerak di permukaan licin. Ia paling sesuai untuk wanita hamil.

Bagi mendapatkan tahap tekanan dan sokongan yang berlainan kepada setiap bahagian kaki sekali gus mengurangkan kelesuan dan mengembalikan kecergasan kaki walaupun sudah lama berdiri dan berjalan, Bonce adalah pilihan terbaik.

“Selain Bounce, kasut Street Smart dan Air Flow bersesuaian untuk pemakaian di negara ini berlandaskan kemampuannya mengekalkan kekeringan dalaman walaupun pemakai terpaksa berhadapan dengan hujan selain masalah kaki cepat berpeluh,” kata Wong.


Teknologi tinggi Hush Puppies

BANGKIT dengan nafas baru yang lebih menceriakan, Hush Puppies, yang sudah 50 tahun bertapak dalam industri kasut, kembali dengan koleksi Luruh/Panas Hush Puppies 2011, dengan gaya santai, kasual serta formal ke pejabat.

Tampil dengan rona menarik, koleksi The Body Shoe, The 1958 Series dan Hello Sunshine mengekalkan kelebihan teknologi dalam setiap rekaannya, yang mampu memberi keselesaan dalam setiap pemakaian.

The Body Shoe sesuai untuk aktiviti dalam seperti gimnasium dan aerobik.
Kelebihan rekaannya mampu mengembalikan kontur kaki sekali gus
memberikan kesan terhadap pembentukan otot kaki. Koleksi itu juga sesuai
dipadankan untuk aktiviti bersantai supaya pergerakan kaki tidak terganggu
sepanjang hari.

Kembali pada nostalgia, The 1958 Series kini kembali dengan mainan warna
menarik menceriakan langkah anda seringan memberikan kesan positif kepada
postur dan jajaran kaki seterusnya mengurangkan tekanan ke atas kaki dan
sendi pemakai.

Tambahkan lagi keseronokan dengan rangkaian Hello Sunshine. Kasut sarung
ini sesuai dipakai untuk ke pantai mahu pun berkhemah di hujung minggu anda.


INFO

Panduan memilih kasut


  • Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Ini kerana otot di kaki waktu itu mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika bersukan.
  • Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki. Pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki.
  • Pilih kasut yang tidak `menggigit' bahagian ibu jari kaki.



Panduan memilih kasut bertumit tinggi

  • Seeloknya tumit tinggi tidak melebihi dua inci (5 sentimeter) memandangkan tumit mampu memberi impak jangka masa panjang terhadap tulang dan postur tulang.
  • Tumit terlalu tinggi, membuatkan kaki seolah-olah menjunam. Ia menyebabkan pemakai berasa penat ketika berdiri atau berjalan terlalu lama kerana terpaksa menahan berat badan.
  • Jika kasut bertumit rendah tidak mampu menyuntik keyakinan pada diri, cuba beralih kepada wedges. Ia mampu membuatkan anda nampak tinggi, wedges juga memberikan keselesaan mendatar kepada pemakainya.

 Hmm..good info..

Monday 16 May 2011

Episode 2..jalan2 UK

Lama dah tertangguh nak sambung cerita ke UK ni..x sempat sebenarnya.

Ok berbalik kepada kisah di episode 1, aku ke sana sbb kebetulan my
brother in-law tinggal sebulan je lg nak abiskan Master nye..so pucuk
dicita..ulam mendatang..kakak offer je..terus la nak..rezeki tu..

Perjalanan ambil masa lebih kurang 13 jam..tu pun transit kat Singapore
dekat satu jam..terserempak lg dgn Raja Nazrin..sorang je dia masa tu..
mesti yg lain pi ladies..yg bestnye..x de bodyguard pun..klu x perasan tu,
x tau la..tp mmg x de pun..

Bayangkan la for a long journey, aku x ble nak tido..x tau sbb over excited
ke..tp mcm naik kete je..hehee..so, utk penuhkan masa yg panjang tu..aku
layan semua filem yg ditayangkan..cerita yg baru sampai kat Malaysia pun
aku dpt tgk..best btul..x perlu tgk wayang..

Setiba di airport, my brother in-law sedia menjemput..naik je keta, terus
bum..tido..ek ele.. dpt tgk skit je pemandangan..sedar2, dah dekat tiba kat
rumah yg disewanya..aduhai..bertuah btul...

Lps lunch, kami pi jalan2 kat taman sblm ke carboot sale..







amacam? ada
best & cantik
ka ini taman?
penuh dgn bunga





Carboot sale kat sini mmg kelas..berbeza dgn carboot sale kat Malaysia..
kenapa? sbb brg2 yg dijual adalah brg2 secondhand tp masih mcm baru..
dan ada juga yg baru turut dijual dgn hg yg sangat la murahnya..sehelai
t-shirt hanya 1 pound..masa tu 1 pound sama dgn RM6.90. kualiti..
baeekkk punya..tau kenapa? sampai hari ni aku masih ada lg t-shirt tu..

Xtvt kat sana x mcm kat sini..tenang je..masa pun rasa lambat je berlalu..
byk dpt buat bila masanya panjang. Kwn abg ipar dtg ke rumah sbb tau
kami dtg so, dia anta potato chip..alahai..sedapnye..sbb potato chip kat
sini ada 3 rasa..satu, rasa asli, dua skit jek masinnye..tiga, masin..yg ni
mmg sama rasa mcm yg ada kat sini..dlm byk2 tu, yg rasa asli tu plg
sedap..satu kotak dia anta..best btul...layan tv sambil mkn potato...





ha..ni la rumah yg aku
duduk tu..tkt dua..
opppssss keta biru tu
ntah sapa punya..kitaorg
guna keta peugeot color
maroon..dpt aku try test
bw keta kat sana..
akahakahakah..





ok setakat ni jek ya..x larat dah..nantikan sambungannya..

Sunday 15 May 2011

Trip to Cameron Highlands

Hmm dah 4 hari tak update blog ni..sebabnye..hehehe pi bercuti ke
Cameron Highlands dengan family..Ahhh bestnyee...dah lama x bercuti..
balik kampung (kawan ada ckp yg Cameron ni kampung saya..hehe)
Mana taknye..klu lupa nak cari hotel, bukannya stop tanya org..saya
yang dihubunginya..aduhaiii..

Ni baru skit gambarnye..sementelah kakak ada convention kat EQ hotel,
so kami yg lain ni amek peluang pi bercuti..sbb lama bebeno dah x bercuti..
hehehe aku le tu..kat sana kami stay kat Green Hill Resort..bersebelahan
je dgn Heritage hotel..Apartment 3 bilik, 2 bilik air dan dapur utk memasak..

Kami bertolak ke Cameron Jumaat pagi dari Melaka..perjalanan mengambil
masa kira2 5 jam 1/2..lama btul duk dlm keta..Kami bertolak satu keta je
dulu..sbb kakak sulungku akan singgah ke rumah kenalannya terlebih dahulu..
kami tiba di Cameron jam 1 lebih..dlm perjalanan, kami beriringan a.k.a.
together-gether dgn konvoi porche frm Singapore..wahhhh bestnye..

Kakak yg sorang lg keje half day..x ble tahan..nak bercuti jugak..kuang3x..

So, kami lepak la dulu kat EQ sementara tunggu satu keta lg tiba..sempat
lagi aku dgn along pi Kea Farm bwh EQ tu utk beli sayur, jagung rebus dgn
makanan bergoreng..baru ku tahu Kincam tu asal dr kudup bunga Lily..

Hmmm ni pic pagi sabtu..kami ke Bharat Tea utk cuba try test teh..ble tahan
la..tgh2 minum, bebudak ni dah x tahan nak pi bergambar2an kat ladang teh..
tgk jek tangga nak turun, yg lain terus x jd..aku sorang je pi tgk bebudak tu..
yg lain dah lari amek pic sendiri..tinggal la pic kitaorg plak..

Ni gambar kat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI)..macam2 ada kat dlm ni..mmg sesuai bagi yg nak tgk mcm2
jenis pokok..cthnye, anggur, apple, pear, labu air yg besar gler..lada
pelbagai bentuk, segala mcm jenis sayuran, bunga2 dan taman yg
menarik utk lepaskan lelah..

haha..lu baca la sendiri..pic ni amek sendiri..so mmg dekat..klu tgk betul2,
mmg dah semakin pudar jeragatku itu..alhamdulillah..

Macam2 cerita..wahhh mak aku ni..sempat lg bergambar dgn strawberry..
petik mak..jgn x petik

Pemandangan pasar pagi di Brincang ahad sblm meneruskan perjalanan
pulang keta along buat hal ar plak..x ble masuk gear..huhu nasib baik
elok je dia buat perangai kat EQ..baeekk punye parking..membeli-belah
kat Kea Farm punye hal..Alhamdulillah..ok semua..selamat tiba rumah...

Hehehe gambar budak yg tension sbb x ble gerak bebas dlm keta..
perjalanan balik dekat 7 jam lebih..sian dia..lama dlm keta..kejap2
kacau org blkg..kejap2 kacau org dpn..lelama tido....

Hmm memang puas ati dpt bercuti kali ni..bukan sebab bercuti kat
Cameron je..tp dpt pi dgn family walaupun x semua dpt g..mmg BEST..

Wednesday 11 May 2011

Sekadar berkongsi..

Kem Cuti Sekolah Tahfiz RichKids SmartKids bersama Dr Azizan Osman

Lokasi:  Chalet  Bina Insan  Rabiatul Adawiyah, Durian Tunggal, Melaka. 
Waktu program: Sesi Pertama : 29 Mei – 4 Jun 2011 atau Sesi Kedua: 5 Jun – 11 Jun.

Program termasuk makan/minum/penginapan/fail & modul latihan/sijil.
Yuran Promosi  untuk  anda yang mendaftar awal sebelum 14 Mei 2011.
Hubungi 019/0132442244/0192442400/03-55191260 utk pertanyaan.



Tahfiz_Full_Page_1_.gif

New Books..

Tengahari ni pi jumpa kawan kat Jusco Tmn U..lps tu menyimpang la ke MPH

Belek punya belek, tetiba stop plak kat satu rak ni..buku ni lama dah
dikeluarkan..cetakan pertama thn 2008..ntah mcmana tetiba tertarik2
nak beli & nak baca..mcm ada sesuatu yg menarik jek kat dlm tu..
dah lama x de perasaan mcm ni kat buku..dulu ulat buku (kononnye la)...


Lps buka je buku ni, mcm biasa browse through je la dulu..dr situ dah
tau mmg sgt interesting..sbb bukan shj infomasi yg ada kat dlm buku ni,
malah disertakan dgn gmbr2..first impression dah tertarik mcm ni..ni blum
baca lg nih..

Jom baca buku..kempen membaca jambatan ilmu..hehe

Tuesday 10 May 2011

BIAR BETUL??

Satu lagi perkongsian..

Mlm td kami dihidangkan dengan satu lagi testimoni hebat
Bio Ever & Garam Buluh..

Pak Daud, 76, Taman Tun Aminah, pesara kerajaan yang
menghidapi penyakit kencing manis lebih 30 tahun sehingga
beberapa jari kakinya telah dipotong..selalu dimarahi doktor
kerana tak boleh nak pantang makan..pantang jumpa katanya..
tp masih jaga makan..

Pelbagai jenis ubat-ubatan di pasaran telah di ambil from A-Z
di tambah dengan pil-pil vitamin..jumlahnya x kurang
RM200 hengget..perrghhh..

Tapi..selepas menggunakan Bio Ever, 7 hari penggunaan shj,
bacaan turun dari 16 kepada 11!..Terkini setelah 2 bulan
penggunaan di ambil bersama garam buluh, doktor terkejut
kerana penurunan yang amat ketara kepada 7 walaupun tak
pantang makan..HEBAT!!

Malah isteri beliau, Mak Jah, 70 tahun, mengalami katarak/selaput
mata yang teruk dan baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Dalam masa yang sama menghidapi darah tinggi..kini..tekanan
darah dalam keadaan terkawal, mata tidak lagi silau dan boleh
melihat seperti biasa.

Pak Daud turut berkongsi dengan rakan2 yang pernah sama2 bekerja
dahulu..kini rakan2 beliau juga turut menggunakan Bio Ever kerana
keberkesanan penggunaan krim hebat ini..


Berminat? Hubungi   Ida  /  012-2200979
La Praise Skin Care Package 
La PraiseTM menggabungkan dua keistimewaan iaitu sel induk tumbuhan
(plant stem cells) dan antioksidan untuk menjadikan wajah anda kelihatan muda dan berseri. Sel induk tumbuhan merangsangkan pembentukan sel induk kulit. Dengan ini, ia melindungi kulit daripada risiko tekanan dan menggalakkan kebolehan pemulihan sel kulit. Pada masa yang sama, antioksidan melindungi kulit daripada faktor-faktor bahaya seperti penuaan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan dan memulihkan keremajaan kulit.

Soothing Cleansing Gel
Mulakan hari dengan wajah kulit yang muda dengan menggunakan
pembersih muka yang diformulasi dengan sel induk tumbuhan dan
antioksidan. Ia membantu menyingkirkan kotoran yang terkumpul dalam
pori-pori kulit, meninggalkan kulit rasa segar, licin dan berseri selepas guna.

Soothing Toner
Toner yang ditambah dengan ekstrak licorice, chamomilla dan pati
tumbuhan untuk membantu kulit mencapai tahap keseimbangan dan
menghidrasi. Ia mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.

Sun Protector SPF 30 PA+++
Perlindungan SPF 30 PA+++ melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV.
Kandungan rice germ oil dan squalane (zaitun) memastikan kulit lembap
sepanjang hari.

Night Renewal
Memperkayakan kulit pada waktu malam dengan gel yang diformulasi
khas daripada kolagen marin, betaglukan dan antioksidan untuk
melembap dan membantu melambatkan kemunculan tanda-tanda
penuaan. Penggunaan yang konsisten menjadikan kulit kelihatan muda
dan berseri.

Eye Lifting Gel
Formulasi khas untuk menghilangkan garis-garis halus dan lingkaran
di bawah dan sekeliling mata. Produk ini ditambahkan asid askorbik
(vitamin C) untuk melembap, menegang and mengembalikan keremajaan
kulit di sekitar mata.


For more info.feel free to ctc  IDA  /  012-2200979




   

Info Bio Ever; Malay/English

         
Your Ageless Secret Bio~Ever employs bio-technology system 
(liposomes) by delivering the goodness of nano-sized ingredients, i.e.
pegaga (Centella Asiatica), wild yam (Dioscorea Villosa) and soybean
(Glycine Soja) directly to the blood stream via application on the skin.
The smaller size of liposomes enable the active ingredients to be delivered
with great accuracy into  the body and release precisely as needed.
         Bio~Ever Nano Cream

-----------------------------Bahasa Melayu-----------------------------------

Bio~Ever menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan
rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam saluran darah melalui
penggunaan luaran pada kulit. Rumusan aktif Bio~Ever dirumuskan ke
dalam liposom (lipid sfera yang kecil dan kosong) dan dihantar ke
bahagian badan yang mana ia diperlukan.

Saiz liposom yang kecil berupaya menghantar dan membebaskan rumusan
aktif yang diperlukan secara tepat ke dalam badan.

Rumusan Aktif Bio~Ever:
1. Pegaga (Centella Asiatica)
-Kaya dengan vitamin A dan C.
-Menggalakkan penyembuhan luka.
-Merangsang sintesis kolagen.
2. Wild Yam (Dioscorea Villosa)
-Komponen aktifnya, diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang
 mirip dengan aktiviti hormon progesteron.
-Mengawalatur metabolisme
-Antioksidan dan meregangkan otot.
3. Kacang Soya (Glycine Soja)
-Komponen aktifnya, isoflavone boleh ditukar kepada phytohormon yang
  mirip dengan aktiviti hormon estrogen.
-Membantu masalah endokrin.
-Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit.


-------------------------------------English--------------------------------------

Bio~Ever employs bio-technology system by delivering the goodness of
nano-sized ingredients directly to the blood stream via application on the
skin. Active ingredients of Bio~Ever are filled in liposomes (tiny and
hollow spheres of lipids) and carried to the places where the body needs
them.

The smaller size of liposomes enable the active ingredients to be delivered
with great accuracy into the body and release precisely as needed.

Bio~Ever Active Ingredients:
1. Pegaga (Centella Asiatica)
-Rich in vitamin A and C.
-Promotes keratinization and healing.
-Stimulates synthesis of collagen.
2. Wild Yam (Dioscorea Villosa)
-Its active component, diosgenin can be converted into phytohormone with
  progesterone activity.
-Regulates metabolism.
-Antioxidant and muscles relaxing.
3. Soybean (Glycine Soja)
-Its active component, isoflavones can be converted into phytohormone with
  estrogens activity.
-Helps in endocrine disorders.
-Assists in collagen synthesis, whitening and moisturizing.


For more information, pls do not hesitate to contact  Ida / 012-2200979

Monday 9 May 2011

Bio Ever Nano Cream

Krim 1001 Kegunaan

Cabaran penegangan dalam hanya 9 minit..



> Teknologi Nano, terapi hormon dengan teknik penembusan terpantas
> Meremajakan kulit
> Penegangan tanpa suntikan
> Nyahtoksid daripada badan
> Mengaktifkan semula sel-sel dalam tubuh
> Menstabilkan metabolisme & hormon badan
> Kembali SIHAT + CANTIK + GEBU + ANJAL +POWER

# Penawar kepada migrain, sakit mata, katarak, resdung, asma, tidur
berdengkur, jerawat, jeragat, ingin berhenti merokok, tiroid, batuk,
selsema, kencing manis, darah tinggi, menegang, memantapkan payudara,
mengetatkan vagina serta byk lg..#


Inginkan  Make Over percuma?

Hubungi   Ida / 012-2200979

Bio Ever Punye Hal..

Pagi tadi saya dapat satu lagi testimoni hebat..

Cikgu Hana, 37, mengalami resdung yang sangat teruk hingga
menyebabkan muka menjadi sembab dan ada lingkaran hitam
bawah mata yang sangat ketara. Selepas 15 minit menggunakan
krim Bio Ever, lingkaran bawah mata beransur2 menjadi
lebih cerah..

Malah, kebiasaannya kawasan muka akan mengalami kegatalan
pada sebelah malam..tetapi setelah menggunakan krim Bio Ever,
muka terus terasa kegatalan. Selepas minum air masak, kegatalan
mula berkurangan.

Kini setelah 3 hari penggunaan, lingkaran bawah mata semakin
cerah dan diakui rakan sekerja. Muka menjadi semakin berseri2..

Beliau sangat bersyukur dengan perubahan ini..terima kasih krim
Bio Ever..


Untuk maklumat lanjut dan percubaan percuma,
sila hubungi  Ida  /  012-2200979

Sunday 8 May 2011

Ketahui kisahku..kenangan yang terindah..step by step..

Sedari kecil, aku sangat bertuah kerana dikelilingi dengan keluarga
yang sangat penyayang..almaklum anak bongsu..hehe..tapi aku ni
kecil2 cili padi..semua aku nak buat..dari sekolah tadika hinggalah
ke sekolah rendah & menengah..
 baby time..

Masa skolah tadika..pertandingan sukan & pakaian beragam semua
aku rembat..hehehe

ala..la..comenye..anak sapo la nih..dapat la bw balik hamper masa tu..
dgn piala..tu pakai baju raya th lps nye..

kisah lanjut >> klik sini <<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...