Tuesday 14 August 2012

Ada apa dgn MAGNESIUM dlm kopi mineral? Mai secawan!

MAGNESIUM Mg........juga dikenali sbg mineral anti stress.......
'The most relaxation mineral'.
PENTING UNTUKKKKKKK........menurunkan tekanan darah, 
cegah komplikasi diabetes, anti penuaan, mencegah osteoporosis , 
merendah risiko sakit jantung, mengubati asma, migrain dan diabetes.....
mencegah penyumbatan salurdarah.Tanda tanda kkurangan Mg........
cramps, insomnia,risau,autisme,angina,sembelit,sakit kepala, 
migrain,asthma,diabetes, obesiti,batu karang,darah tinggi,PMS,
senggugut,masalah pencernaan,sensitif bunyi bising,reflux,
keletihan yg kronik......kajian Mark Hyman,MD

Jom amalkan minum KOPI MINERAL yg enak dan sihattttt 
NAK TAU BANYAK LAGI BACA KAT SINI YE
.
.
.
 .
.
Sangat sedikit masyarakat yang sedar, tahu, dan memperhatikan peranan 
magnesium dalam metabolisme tubuh manusia. Magnesium telah 
diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang 
berbeza di dalam tubuh agar tubuh dapat berfungsi dengan baik.
Peranan magnesium sangat penting. Namun ironisnya, peranan 
magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai 
“Forgotten Mineral” dan “5-Cent Miracle Tablet”. Mengapa 
jadi begitu? Kerana kesan akibat kekurangan magnesium tidak 
terjadi dengan jangka waktu yang singkat.

Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American 
Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa kesan penurunan 
magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause. 
Selain itu, bila keperluan megnesium tidak dipenuhi, akan terjadi 
denyutan jantung yang tidak normal. Dari data mangsa 
serangan jantung mendadak yang dilaporkan oleh majalah 
Science tahun 1980, diketahui bahawa hanya magnesium yang 
ditemukan dalam jumlah sangat kurang dalam serum darah 
pada otot-otot jantung, dari jumlah yang seharusnya.

KEPENTINGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM
Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila
terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari 
lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja 
secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel 
(intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel 
(ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolisme sel ialah 
meningkatkan tenaga dalam tubuh.
Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg 
setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. 
Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya 
ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause 
serta tubuh yang sedang mengalami stress.

PENYAKIT DEGENERATIF AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM
 Dianggarkan, 200 juta wanita di dunia mengalami kehamilan setiap tahun. 
Setiap minit, seorang dari wanita tersebut mengalami eclampsia atau 
meninggal dunia ketika melahirkan. Berdasarkan kajian yang dilakukan 
oleh WHO, UNICEF, dan WORLD BANK, hampir dipastikan para 
ibu yang meninggal ketika melahirkan tersebut mengalami 
kekurangan magnesium dalam tubuhnya.
Pada 1hb September 1999, kongres tahunan ke-21 persatuan ahli 
jantung se-Eropah juga menyimpulkan bahawa penyakit pre-eclampsia 
dan eclampsia yang menyebabkan kematian selama kehamilan 
di Britain, Amerika dan Eropa Utara disebabkan oleh makanan harian 
yang kaya kalsium namun kurang magnesium. Akibatnya, komposisi 
jumlahnya tidak memenuhi kalsium dan magnesium yang disarankan, iaitu 2:1.
Selain gangguan pada ibu melahirkan, kekurangan magnesium juga 
dapat menyebabkan gangguan pada fungsi pusat saraf yang akan 
memunculkan beberapa penyakit. Pelbagai penyakit atau permasalahan 
kesihatan yang dapat dibantu dengan pemberian suplementasi 
magnesium adalah sebagai berikut.

PENYAKIT JANTUNG
. Magnesium merupakan salah satu nutrien paling penting untuk kesihatan jantung. 
Tugas utama magnesium adalah membantu otot jantung untuk relaksasi. 
Fungsi ini berlawanan dengan fungsi mineral kalsium yang membuat jantung 
berkontraksi. Kerja duet dari magnesium dan kalsium inilah yang 
berguna untuk mempertahankan irama jantung tetap normal dengan 
relaksasi dan kontraksi otot jantung.
Selain itu, magnesium juga memiliki fungsi sebagai penghalang kalsium 
yang berlebihan di dalam tubuh sehingga dapat mencegah kalsium yang 
tidak diserap tubuh agar tidak menggumpal dan menyumbat arteri 
sehingga meningkatkan risiko serangan jantung. Magnesium juga
diperlukan untuk metabolisme kalsium yang sesuai. Kekurangan 
magnesium menyebabkan terjadinya perubahan metabolisme yang 
berperanan terhadap serangan jantung.
Magnesium dapat digunakan sebagai suplemen untuk membantu 
mengubati penyakit jantung koronari kerana memiliki kesan membantu 
dalam melebarkan arteri koronari, memperbaiki aliran darah ke 
jantung, meningkatkan kolesterol baik (HDL), mencegah 
penggumpalan trombosit, mengatur kontraksi dan relaksasi otot 
jantung serta menstabilkan irama jantung.

TEKANAN DARAH TINGGI
Kelompok DASH (The Dietary Approaches to Stop Hypertension) telah 
melakukan pelbagai kajian yang menyimpulkan bahawa mengamalkan 
magnesium dalam jumlah tinggi dapat menurunkan tekanan darah.
Penyakit darah tinggi ini berhubungan langsung dengan kandungan 
kalsium dan magnesium. Peningkatan kalsium dan penurunan magnesium 
berperanan dalam menyebabkan penyakit hipertensi (darah tinggi

DIABETES
. Penderita diabetes harus mempertahankan batas magnesium yang cukup 
dalam darahnya kerana mineral magnesium berpengaruh terhadap 
kemampuan metabolisme karbohidrat. Mineral ini juga berpengaruh 
terhadap pelepasan dan aktiviti insulin yang berfungsi sebagai 
pengawal kadar gula dalam darah.

DENYUTAN JANTUNG TIDAK NORMAL
. Kira-kira 1 % manusia di bawah usia 60 tahun dan 5— 10% di atas 
65 tahun memiliki denyutan jantung lebih dari 100 kali perminit 
(normalnya 60—100 kali perminit). Magnesium yang bekerja sama 
dengan kalium akan membantu mengawal kecepatan dan ketidakteraturan 
denyutan jantung tersebut.

ASMA
. Serangan penyakit dapat dikenal pasti dengan serangan sesak napas 
berulang kali disertai dengan nafas yang berbunyi kerana 
kejang otot di bahagian tekak. . Beberapa kajian menunjukkan 
hubungan antara asma dengan defisiensi magnesium. Banyak penelitian 
yang menunjukkan bahawa ubat yang digunakan untuk terapi asma 
telah menyebabkan kehilangan magnesium. Pemberian suplemen 
magnesium terbukti dapat memperbaiki saluran pernafasan.

EPILEPSI
. Penyakit ini terjadi kerana adanya gangguan sistem saraf pusat yang 
terjadi kerana letusan pelepasan muatan litrik sel saraf secara berulang 
dengan gejala penurunan kesedaran, gangguan motor saraf dan mental 
disertai atau tanpa kejang-kejang. Sebuah kajian di Amerika Syarikat 
menunjukkan bahawa pada kondisi ayan, ada defisiensi magnesium 
di dalam darah pasien. Pemberian suplementasi magnesium 
dosis tinggi (450 mg) dapat mengatasi ayan dalam waktu singkat.

. AUSTISME
. Gangguan ini ditunjukkan dengan fikiran dan perilaku seseorang yang 
cenderung ke arah diri sendiri dan tidak dapat diperbaiki melalui 
bantuan orang lain. Ujian klinikal yang dilakukan di Amerika Syarikat 
dan Kanada menunjukkan bahawa penyakit autisme dapat diperbaiki 
dengan terapi pemberian vitamin B6 dengan dos tinggi 
(300—500 mg setiap hari). Tetapi terapi ini menimbulkan defisensi 
nutrien lain yang mengakibatkan pesakit mengalami lemah deria 
rasa dan gatal-gatal. Pemberian suplemen magnesium terbukti 
dapat menghilangkan kesan samping tersebut.

HIPERAKTIF
. Dalam istilah kedoktoran, ianya disebut Attention Defisit Hyperactivity 
Disorder (ADHD) yang banyak terjadi pada kanak-kanak. 
Dalam satu kajian, didapati bahawa kanak-kanak yang menderita 
ADHD mengalami kekurangan banyak mineral, paling dan magnesium. 
Khasiat magnesium secara signifikan dapat menurunkan gejala-gejala 
hiperaktivi kepadak kanak-kanak.
 . Salah satu penyebab utama penyakit ini adalah tingginya 
kandungan kalsium dan acid. Dengan mengamalkan magnesium, 
ia membolehkan asid dan kalsium yang berlebihan dapat dinyahkan.

SENGGUGUT
. Sindrom ini disebabkan kerana adanya kekurangan magnesium yang 
dtunjukkan dengan gejala-gejala seperti pening, lenguh sendi, sembelit, 
jerawat, insomnia dan stress. Dengan mengamalkan 
magnesium, ia dapat membantu melegakan kontraksi otot sehingga 
dapat meringankan atau menghilangkan gejala-gejala senggugut.

KETAGIHAN ALKOHOL
. Ketagihan alkohol ini disebabkan kerana kekurangan magnesium 
di dalam tubuh. Perkara ini sudah dibuat kajian semenjak tahun 1960-an. 
Ketagihan alkohol umumnya mengalami kekurangan nutrisi kerana 
mereka mendapatkan tenaga yang mereka perlukan terutama dari 
minuman yang rendah nutrisi kecuali alkohol, air dan karbohidrat. M
eminum alkohol yang berlebihan juga menyebabkan berlebihan 
pembuangan magnesium melalui urin. Perkara ini menyebabkan 
timbulnya pelbagai jenis penyakit atau memparahkan lagi
 penyakit yang telah ada.

OSTEOPOROSIS
. Penyakit ini ditunjukkan dengan kereputan tulang kerana kehilangan
 mineral. Biasanya osteoporosis sering terjadi kepada wanita yang usia
 lanjut. Kekurangan magnesium pula akan menyebabkan
 osteoporosis. Mengamalkan magnesium telah terbukti dapat 
mencegah dan mengubati penyakit osteoporosis. Dalam hal ini, 
fungsi magnesium adalah membantu tubuh dalam 
metabolisme kalsium. Kajian klinikal yang dilakukan terhadap 
sebahagian wanita menopause selama 2 tahun menunjukkan 
bahawa pemberian magnesium dapat mencegah terjadinya 
retak tulang dan secara signifikan dapat menguatkan struktur tulang.

INSOMNIA
. Insomnia atau sukar tidur disebabkan ketegangan sistem saraf 
dan terganggunya sistem transmisi saraf yang membantu untuk 
mengawal tidur. Magnesium dan kalsium adalah mineral yang 
digunakan dalam pergerakan setiap otot, sehingga pengamalnya 
dapat mengendurkan otot saraf dan menstabilkan kimia otak yang 
berkaitan dengan tidur sehingga dapat membantu 
penderita insomnia untuk mudah tidur.

SAKIT SENDI
. Sakit sendi ini disebabkan kekurangan magnesium. Tidak 
seimbangnya fungsi kalsium dan magnesium dalam kontraksi 
dan relaksasi otot sehingga mengakibatkan timbulnya sakit sendi. 
Mengamalkan magnesium dapat mengimbangi ketidakseimbangan 
otot sekaligus dapat menghilangkan sakit sendi.

STRESS
. Stress merupakan emosi perasaan yang tidak keruan sehingga 
menyebabkan putus asa yang berpanjangan. Punca stress banyak, 
antaranya misalnya kekejangan otot, ketidakseimbangan hormon 
dan kelainan biokimia. Stress umumnya mengalami 
kekurangan magnesium sehingga mengamalkan magnesium 
dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan stress.

MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM
. Hampir seluruh keperluan magnesium kita berasal dari 
tumbuh-tumbuhan. Magnesium yang diperolehi daripada klorofil
 sangat penting bagi tanaman dalam melakukan fotosintesis. 
Oleh sebab itu, sayuran berdaun hijau gelap merupakan sumber 
magnesium yang terbaik. Hampir semua jenis kekacang, biji-bijian 
dan kacang panjang merupakan sumber magnesium yang tinggi. 
Kacang soya, kacang almond, kacang Brazil dan buah 
keras adalah contoh makanan lain yang mengandung magnesium.

Garam laut asli yang diproses secara tradisional dan garam 
bukit juga mengandungi magnesium yang tinggi. 
Garam laut asli juga mengandungi 84 unsur mineral 
termasuk magnesium.

Credit to Sis Asiah Said

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...