Friday 12 August 2011

Dasyatnya Doa Seorang Ibu


Assalamualaikum,                                                                                              
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz 
Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang 
kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa 
berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk 
kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda 
malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang 
ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

 
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  
Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat 
benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so 
ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh 
air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih 
kerana angkara anak.                        

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, 
sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                        

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup,
tengok masa tidor!
-
      Anak.                          
-
      Ibu.                          
-
      Suami.
   
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn 
suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau 
masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah 
bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah 
memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis 
di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg 
masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                        

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk 
menunjukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. 
tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang 
terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan 
syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                          

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan 
yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu 
dipanggil “wasilah amal” .
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu 
satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
 
*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  
Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut 
tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada 
ibu kita.

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/
musibah.

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, lps tu 
bicaralah dengan Allah.
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah 
kepada ibu dan orang yang memerlukkan.  

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas solat
buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka 
walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  
Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas 
setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yg hidup dan mati. 
 Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

*** Doa orang yang mati makbul
untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara 
mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada 
tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak 
kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  
Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka 
mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita 
“berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata 
“celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam pd mereka.

Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta 
sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                        

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana 
dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa 
makan, bagi la duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah 
susah skrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk  
kita dapatkan pahala!.                          

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita 
ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde 
teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan 
kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi p
ihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.  
Itu yg buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita
ringan tangan nak bersedekah.                        

*** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan 
nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa 
ini bukan bermaksud minta mereka sakit / nyanyok. Ironinya 
keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga
mereka di saat mereka dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah 
syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/
bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau blh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan 
seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/
malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.                          


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan 
kita diganggu saka. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. 
Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu 
sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas
asar. Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun 
sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
 
Symptom terkena saka:
-
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.                          
-
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
-
Susah nak dapat anak, senang gugur.
-
Ada rasa kelibat orang lalu.
-
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak 
hilang dalam kandungan jadi bila nak beintimk, kbercakap la sedikit 
kerana saka menyerupai suami kita dan dia dtg dalam keadaan diam.
 
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis,
insyallah saka akan cair dan keluar dari ba
dan.                        

-
Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and 
   cancer tulang.

-
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari 
  syaitan adalah cancer, aids and leukemia.                          

-
Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong 
  zikirkan.

-
Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas.. 
  “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan 
dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari. Masa lauangan azan yang 
pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan 
kita kepadanya.                          

Anak Degil

*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH
ANAK ..
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang
bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang
sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh 
menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh
kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun 
kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. 
Wallahualam

Ilmu yg baik adalah untuk dikongsikan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...