Thursday 15 September 2011

Kisah budak penjual kuih (jadi pengajaran)


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. 
Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan
 pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya 
singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik 
memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 
12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
 menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 
20 minit kemudian saya nampak kanak2 tadi menghampiri pelanggan 
lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu 
begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa 
menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya 
sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan 
bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih 
saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia 
keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, 
terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya 
dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam 
dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar 
ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan 
kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup 
pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi 
berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya 
turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya 
untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah 
sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam
 bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian 
di hati. saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not 
merah RM10. Saya hulurkan padanya.Lantas 

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya 
berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-
kanak itu menerima wang  tersebut, lantas mengucapkan terima kasih 
terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat 
membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. 
Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan 
pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta 
kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu 
abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat 
tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
 kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia 
tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan 
masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja 
orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu
 lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
 Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
 bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. 
Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya
 hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan
 ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak 
yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang 
saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana 
rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu 
penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia 
menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! (forwarded from my email)
Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje


Bagusnye adik ni..kadang2 kita yg 
dewasa ni pun kena belajar juga 
dgn mereka yg  lebih muda..ilmu 
ada di mana2..terpulang kepada 
diri sendiri nak mencarinye di 
mana & bagaimana caranya...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...