Friday 19 April 2013

BB PLUS Collagen tetap terbaeeekkkk...

MASYARAKAT MALAYSIA KITA MUDAH DI TIPU..., terutama
sekali orang Melayu..Kesiankannn..


RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN???

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan.
Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti
kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Kebenaran tetap akan
didedahkan. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya
yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun.
Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi
kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan
agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang
terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30%
dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat
penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan
seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan
kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan
membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini
sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen
akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu,
ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah
untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan
proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang
tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak
bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah
jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia
sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk
membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia
semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya
kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan
cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat
mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang
cuba mengelirukan pengguna. Malah zat-zat yang membantu
menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C
seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu
sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka
boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya
'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang
mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk
mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut
hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan
mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka
mereka beralih kepada sumber lautan.

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar,
alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air
untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan
produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais
boleh kekalkan tekstur licin).

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari
rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.
Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya.

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia
mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk
lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari
luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu
mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan
kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu
penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan
citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, IKAN dan
telur.

Ingat Cantik, ingat BB Plus Collagen.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...