Wednesday 22 June 2011

10 TIPS UNTUK TIDUR YANG BERKUALITI..

Jika anda mempunyai masalah kepincangan tidur, tukarlah tabiat tidur anda untuk malam serta rehat yang lebih baik.

Adakah anda mengalami masalah kurang tidur ? Kerja, tugas rumahtangga dan menjaga bayi serta anak-anak mungkin mengganggu tidur anda. Faktor lain seperti cabaran harian yang tidak diduga, bimbang masalah kewangan, pembuangan kerja, masalah perhubungan atau kesihatan; menyebabkan kita jarang mendapat tidur yang berkualiti.

Mungkin kita tidak dapat mengawal atau menghilangkan semua faktor-faktor gangguan tersebut tetapi kita sebenarnya boleh membuat satu suasana dan mengambil satu tabiat yang menggalakkan tidur serta rehat yang lebih baik.  Cubalah cadangan dibawah jika anda bermasalah untuk tidur:
  1. Masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu. 
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum masuk tidur.  
  3. Jauhilah nikotin, kaffien dan alcohol pada malam.
  4. Kerap bersenam tetapi selesaikan senaman anda sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum tidur.
  5. Jadikan suasana bilik tidur anda nyaman, senyap, gelap dan selesa.
  6.  Jadikan waktu tidur utama anda waktu malam.
  7. Sediakan tilam serta bantal yang selesa.
  8. Mulakan rutin yang merihatkan sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar musik yang selesa.
  9. Masuk tidur apabila anda sudah letih dan padamkan lampu..
  10. Ambil suplemen tambahan untuk membantu anda tidur dengan lebih baik.
Source & Credit To: Mayo Clinic

Maklumat lanjut..sila klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...