Friday 17 June 2011

PETUA..

Petua kekal muda

·  Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap
   kesihatan, untukkekal cergas dengan memastikan fizikal dan
   mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah
   mendapat penyakit jantung berbanding merekayang aktif .

·  Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan,
   retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya
   menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan
   lengan.

·  Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan
   pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang.

·  Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang
   senaman, diet atau makanan tambahan.

·  Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan
   alkohol.

·  Kekalkan harga diri - bawa diri anda dengan penuh keyakinan
   dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga
   penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan
   muka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...