Sunday 12 June 2011

Ceramah oleh Utz Azhar Idrus..

Sekadar berkongsi ilmu..

Ceramah oleh Utz Azhar Idrus, Masjid Al-Jawahir, Mutiara
Rini, Skudai, 11 Jun 2011 (Sabtu), selepas solat Isyak.

Antara intipati ceramah beliau;
1. Kata2 yg sedikit tetapi jika ianya penuh dengan isi yg berguna,
    ia tetap yg terbaik (Moral: Kurangkan berkata2 dgn perkataan
    yg sia2).
2. Sabda Rasulullah s.a.w., sebaik2 manusia adalah org yg panjang
    doanya & sejahat2 manusia adalah org yg panjang juga doanya
    (Doa panjang sekali pun kalau tidak berisi, adalah sia2 shj).
3. Orang yg beriman adalah orang yg mencintai Allah & RasulNya
    lebih dr dia mencintai yg lain di dunia ini..
4. Ingat asal usul kita. Tidak kira siapa kita, besar mana pangkat
    kita, banyak mana harta kita, setinggi manapun pendidikan kita
    kalau meninggalkan solat & tidak beriman, sia2 lah semua itu.
    Tidak akan ada peluang kedua bagi kita sekiranya maut datang
    kepada kita. Sementara masih bernafas, buatlah segalanya sebaik
    mungkin. Tiada apa yg dapat membantu di padang Mahsyar
    nanti melainkan amalan2 kita di dunia ini.
5. Jaga solat. Apapun yg kita lakukan seharian, sesibuk manapun
    kita bekerja, jagalah solat kerana ia adalah tiang agama.
    -  Tiket ke Syurga ; i) Solat.   ii) Beriman.
    Kerajaan Allah hanya akan bagi kita gaji di padang Mahsyar nanti..
6. Ada orang masuk neraka kerana;
   - mata : lihat perkara2 yg tidak sepatutnya.
   - telinga : dengar umpatan.
   - mulut : bercakap perkara yg tidak elok (mengumpat).
   - Tangan : Mencuri, mengambil harta anak yatim dll.
   - Perut : Makan benda2 yg haram (arak dll).
   - Kemaluan : berzina.
7. Kelebihan antara orang lelaki & wanita..wanita pada mulutnya
    & lelaki pada kaki & tangannya.
   - Sebab tu doa ibu lebih cepat makbul, para ibu hendaklah
      berkata2 dgn perkataan yg baik shj kerana kata2 itu juga
      merupakan doa.
   - sekiranya anak2 degil/akan menghadapi peperiksaan, bacalah
     surah yasin & berdoalah. Berikan anak tersebut air yg dibacakan
     surah yasin tadi..insyaAllah.
   - Kerosakan minda anak2 berpunca daripada ibubapa kerana
     ibubapalah yg mencorakkan anak2 mereka (pendedahan).
8. Bayi yg keguguran selagi ia belum 4 bulan (belum ditiupkan
    roh kepadanya), tidak akan dipanggil ke padang Mahsyar.
    tetapi apabila telah masuk 4 bulan & ke atas, ibubapa
    hendaklah menamakan janin tersebut kerana ia juga akan
    berada di padang Mahsyar nanti & akan dipanggil nama mereka.
    Caranya : Bismillahirrahmannirahim.. dengan nama Allah, aku
                   namakan janin ini.......

Apa yg baik datangnya dari Allah..yg kurang dr saya sendiri..
sekiranya ada tersilap bhs, harap di maafkan..ini apa yg dapat
saya kongsikan..terima kasih Allah..



Ramai sungguh
orang yg hadir
mendengar
ceramah mlm
td..mmg berbaloi2..
Sampai ada yg
terpaksa parking
di luar masjid..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...