Sunday 31 March 2013

KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100




Wang kertas RM1 dan RM100 kini diperbuat dari kertas yg sama dan 
diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka 
bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak 
sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu 
lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke 
tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di 
tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan 
begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus 
disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, 
di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta 
keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi 
aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak 
yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada 
Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah 
sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi 
tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat 
hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana 
kekayaan bukanlah untuk kesombongan.



2 comments:

  1. alhamdulillah, posting yang sgt menyentuh kalbu....thanks mentor ida.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...