Wednesday 27 April 2011

95,955 pencarum KWSP keluarkan RM690 juta biayai rawatan penyakit kritikal

2011/04/27

KUALA LUMPUR: Seramai 95,955 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka yang berjumlah RM690 juta melalui skim Pengeluaran Kesihatan sejak 16 tahun lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, skim Pengeluaran Kesihatan bertujuan membantu pencarum KWSP menanggung kos rawatan perubatan bagi penyakit kritikal yang dihidapi pencarum dan keluarga mereka.

Beliau berkata, mulai 15 Jun lalu, KWSP memperluaskan senarai penyakit kritikal yang diluluskan bagi pengeluaran ini daripada 13 jenis penyakit kepada 36 jenis penyakit dan tiga penyakit untuk remaja bawah 16 tahun, sama seperti yang diamal syarikat insurans.
"Antara penyakit itu ialah kanser, penyakit hati kronik, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, asma dan leukemia," katanya ketika menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon pada persidangan Dewan Negara di sini.

Awang Adek berkata, skim yang diperkenalkan pada 1994 itu banyak meringankan beban kewangan pencarum untuk menanggung kos rawatan perubatan kritikal dan mempercepatkan rawatan yang diterima.

"Di bawah pengeluaran ini, ahli dibenar mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 bagi tujuan membiayai kos rawatan penyakit kritikal yang diluluskan yang dihidapi oleh pencarum dan anggota keluarganya.

"Mereka termasuk suami atau isteri pencarum, anak-anak, ibu bapa, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat yang sah, ibu bapa mertua, anak angkat yang sah dan adik-beradik. Kos rawatan yang dibenarkan adalah kos yang tidak dibiayai oleh majikan," katanya. - BERNAMA

hmm penat2 keje..penat2 simpan duit..tp kalau kesihatan tak dijaga, habis macam tu jek duit simpanan kita tu..Sayangilah diri kita & juga org disekeliling kita.. >> jom klik <<

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...