Thursday 21 July 2011

Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram

PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini
mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman
Mustapha. Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan
hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa
Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan
kesedaran.

"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap
dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat
menghisap rokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
seminar itu di sini hari ini.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman
berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun
ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan
merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.

Hmmm..bagi anda di luar sana yg ingin berhenti merokok tetapi susah
untuk berbuat demikian, saya akan cuba membantu..kerana krim ini
sangat HEBAT!!

HOT LINE  012-2200979

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...