Monday 11 July 2011

Tuah badan lanun

HERO filem Pirates of the Caribbean, Johnny Depp, 
dilaporkan bersiap sedia meneruskan pembabitannya dalam 
produksi filem berkenaan. Terbaru, media melaporkan, Depp menerima 
tawaran kontrak untuk menyiapkan siri kelima filem aksi komedi mengenai 
lanun Lautan Caribbean itu.Setakat ini, media menganggarkan 
Depp mengumpul kekayaan sehingga hampir RM962 juta hasil 
pembabitannya dalam empat filem terdahulu.

Untuk filem akan datang, Depp didakwa berunding dengan penerbit 
Pirates of the Caribbean untuk membolehkannya mendapat peratusan 
keuntungan daripada tayang di seluruh dunia.

Empat filem terdahulu mencatatkan keuntungan kepada penerbit sebanyak 
RM9.6 bilion dan kejayaan itu membolehkan Depp berkongsi 
sebahagian daripadanya dengan mendapat hampir RM962 juta. 

Jika rundingan terbaru Depp dengan produksi filem berkenaan berhasil, 
pembawa watak Kapten Jack Sparrow itu bakal mencatat namanya 
sebagai aktor Hollywood yang mendapat bayaran termahal 
dalam sesebuah filem francais.

Bloger Hollywood, Sharon Waxman, berkata Depp dibayar mengikut 
peratusan pungutan kasar selepas produksi filem berkenaan 
memperoleh pulangan modal.

Rundingan dilakukan Depp itu digelar ‘cash break’ di kalangan 
bintang Hollywood dan ia berbeza berbanding kadar imbuhan 
20 peratus daripada perolehan kasar diterima kebanyakan 
bintang kelas A ketika ini.

Berdasarkan rekod, filem terbaru, Pirates of the Caribbean: 
On Stranger Tides adalah produksi paling berjaya bagi tahun ini 
setakat ini dengan memperoleh lebih RM3 bilion di seluruh dunia.

Sebagai watak utama, Depp juga menikmati puluhan juta ringgit hasil 
jualan cakera padat digital dan barangan berkaitan Pirates of the Caribbean.

Antara produk paling popular setakat ini ialah anak pating Sparrow.

Sementara itu, jurucakap Disney - syarikat yang menerbitkan filem 
berkenaan - berkata jumlah upah diperoleh Depp, 48, tidak tepat.
Bagaimanapun, jurucakap itu enggan mendedahkan sebarang butiran 
mengenai bayaran dibuat ke atas Depp.

Majalah Forbes pula menyatakan, bayarab diterima 
Depp bagi tempoh Mei 2009 hingga Mei 2010 ialah RM240.5 juta.
Sebenarnya Depp memang banyak membawa tuah kepada Disney.
Sejak terbabit dengan produksi itu, Depp dilaporkan berjaya mengundang 
keuntungan besar, bermula dengan kemunculan pertamanya 
melalui Pirates of the Caribbean pada 2003.

Ia mendapat sambutan hangat di seluruh dunia dan filem susulannya 
pada 2006, 2007 dan tahun ini menjana keuntungan berlipat kali ganda.

Selain menjadi Jack Sparrow, Depp juga pernah membawa watak 
Mad Hatter dalam filem terbitan Disney pada 2010, Alice in Wonderland.
Filem itu mengumpul lebih RM3 bilion di seluruh dunia.

Tahun depan, Depp akan membawa watak Tonto dalam filem 
terbaru Disney, The Lone Ranger. - DM
*
*
Haaa..itulah tuah si lanun..tp nak kaya jgn jd lanun..itu hanya 
lakonan yg ble dapt bayaran yg mahal..
klu anda nak dpt duit yg BERKAT & BANYAK, 
call / sms  012-2200979
anda ckp NAK shj..saya akan bantu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...