Sunday 24 July 2011

Kapal termahal??? Hak milik warga Malaysia? WOOOWWW

KAPAL mewah bersadur emas ini dikatakan yang termahal di dunia
dengan harganya mencecah RM15 bilion. Kapal yang direka pereka
warga Britain ini dihiasi dengan 100 tan emas, melitupi hampir separuh
permukaannya. Dengan panjang kira-kira 30 meter, ia diiktiraf sebagai
kapal paling unik di dunia kerana mempunyai tempat tidur yang dilitupi
platinum dan mengandungi patung diperbuat daripada tulang
Tyrannosaurus Rex, dinosaur maging terbesar.

Geladaknya, dewan makan dan rel penghadangnya juga dibuat daripada
besi mahal, termasuk platinum. History Supreme yang direka oleh tukang
emas Liverpool, Stuart Hughes, menyebabkan kapal kemegahan pemilik
pasukan bola sepak Chelsea, Roman Abramovich terpinggir.

Eclipse milik Abramovich yang sepanjang kira-kira 174 meter, dilengkapi
sistem peluru berpandu serta kapal selam untuk menyelamatkan diri
adalah kapal peribadi terbesar. Tetapi dengan harga RM3.75 bilion, ia
tidak setanding dengan History Supreme.

Stuart, 40, yang mengambil masa tiga tahun untuk membina
‘History Supreme’ untuk seorang ahli perniagaan Malaysia
berkata: “Ia mungkin projek paling besar pernah saya lakukan.” Dia
sebelum ini pernah menghasilkan bekas iPhone yang dibuat daripada
berlian berharga £5 juta (RM25 juta). “Saya membuat pelbagai
bungkusan barangan daripada emas tetapi ini adalah projek terbesar
saya sehingga ini. Dan tidak ada lain yang mungkin dapat mengatasinya
selepas ini. “Ahli perniagaan itu datang kepada kami dan bertanya
sama ada kami boleh membuatnya. Dia mahu melakukannya pada
sebuah pesawat tetapi ia tidak mungkin dapat terbang jika kami
melakukannya.

“Lepas itu dia bertanya: ‘Boleh kami lakukannya pada kapal?’
Saya menjawab: ‘Kami akan cuba.’ “Kami hanya melakukan apa
yang diminta dan gembira dengan hasilnya. Kapal itu dibina di Itali
dan disiapkan sepenuhnya di Malaysia dua minggu lalu.

Ya Allah...bestnyee..I Like!!! Siapa ya ahli perniagaan tu..bestnye
kalau dapat dijadikan tok guru saya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...