Thursday 21 April 2011

Panduan makanan sihat pelajar diedar bulan depan
2011/04/22

SUBANG JAYA: Garis panduan pelaksanaan pemakanan sihat di sekolah yang bertujuan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dijangka diedarkan ke semua sekolah mulai bulan depan.

Draf garis panduan yang dikemas kini jawatankuasa khas dianggotai pegawai Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran sudah siap dan hanya menunggu persetujuan daripada Menteri Pelajaran untuk kelulusan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian memang sudah mempunyai garis panduan pemakanan yang sihat di sekolah, tetapi ia perlu dikemaskini mengikut keperluan semasa dan situasi gaya hidup masa kini.
“Draf garis panduan menyenaraikan 70 jenis makanan yang boleh dijual kantin sekolah dan turut mempunyai maklumat serta panduan kepada pengusaha kantin untuk menyusun jadual kekerapan menjual menu makanan itu dijangka diedarkan bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Kembara Riang Ria Pemakanan Di Sekolah Rendah peringkat kebangsaan di Sekolah Wawasan USJ 15 di sini, semalam.

Garis panduan baru itu dirangka susulan larangan penjualan semua jenis minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan di kantin sekolah berkuatkuasa serta merta dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar.

Tiong Lai berkata, garis panduan baru itu juga selaras dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Menu Makanan Asrama dan Panduan Pengurusan Kantin Sekolah.
Katanya, penjaja yang berniaga di luar pekarangan sekolah turut diwajibkan mematuhi garis panduan pelaksanaan pemakanan sihat yang baru itu.

“Kita akan meminta kerjasama daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap penjaja yang enggan mematuhi garis panduan itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Program Susu 1Malaysia untuk 674 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh ditangguhkan sementara berikutan susu yang dibekal syarikat pembekal didapati tidak memenuhi tahap ditetapkan kementerian.

“Hasil siasatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian mendapati 35 murid sekolah berkenaan mengalami keracunan selepas mengambil susu UHT perisa strawberi,” katanya.

hmm memang btul la..skrg ni semuanya tercemar..sila klik di sini..

1 comment:

  1. kesihatan penting untuk kehidupan yg lebih cemerlang..hargailah diri dan keluarga dengan makan makanan yg berkhasiat..prevention is better than cure

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...